Tuesday, October 20, 2009

Kek Coklat Badam



Ini pula aktiviti saya semasa cuti Deepavali tempohari...buat kek coklat mini untuk kudapan seisi keluarga.


Mula-mula saya campurkan 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung, 1 cawan serbuk koko, 1 sudu teh serbuk penaik dan 3/4 sudu teh soda bikarbonat. Kesemua bahan ni sebaik-baiknya diayak...tapi masa ni teori tu saya ketepikan...hehe.

Mentega yang seketul tu saya putar dengan 2 cawan gula aising sampai kembang...kali ni guna tenaga lebih sikit sebab tak pakai mixer, putar dengan tangan je...guna wire whisk tu. Selalunya saya guna senduk kayu (wooden spatula) je...macam kakak saya Uteh selalu buat dulu.  Masa zaman budak-budak dulu saya rajin tengok Uteh buat kuih terutamanya bila tiba musim raya. Kakak saya ni pandai buat kek...tak payah guna peralatan moden pun masih menjadi kek dia.  Jadi dialah cikgu tak rasmi saya sebenarnya walaupun dulu kitorang selalu gaduh kat dapur.


Lepas tu boleh la masukkan telur yang 4 biji tu satu persatu ke dalam adunan mentega...pukul sampai sebati adunan tu. Masukkan esen vanilla.


Masukkan separuh daripada tepung yang kita sediakan mula-mula tadi ke dalam adunan mentega tu. Kaup-kaupkan aje dengan spatula plastik. Lepas tu masukkan lebihan tepung yang ada dan kaup adunan sampai sebati macam kat dalam gambar ni.


Adunan yang dah siap tu bolehlah dimasukkan ke dalam acuan ikut pilihan kita. Saya gunakan acuan muffin. Jangan isi sampai penuh acuan tu...nanti melimpah dan mengembang pulak kek tu...kang jadi macam cendawan pulak.

Saya taburkan dengan kepingan badam dan parutan coklat masakan. Kita nak makan sendiri bolehlah bermurah hati dengan taburan tu ya. Lepas tu bakarlah ikut kesesuaian oven masing-masing.


Tadaaa...panas dari oven. Kek coklat badam dah masak dengan kepingan badam yang garing dan coklat yang mencair.


Sebelum disimpan, sejukkan dulu di atas redai ni. Anak-anak dah tak sabar nak makan ni.


Nampak tak ada sebahagian coklat yang mencair di dalam kek ni? Yummm...cair di luar dan di dalam mulut manakala badam tu memberikan lebih tekstur pada kek ni.


"Mama, semua ni untuk Haifa tau"...hihihiii......





Sunday, October 18, 2009

Air Tangan Mak

 
Makanan di dalam dulang ni adalah hidangan tengahari hasil air tangan Mak saya yang dihidangkan untuk kami anak-beranak yang pulang ke kampung dua minggu lepas. Masakan dan gaya hidangannya yang sangat ringkas tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi menentukan kesedapan rasanya. Sebenarnya kegembiraan dan keikhlasan Mak adalah penyedap kepada hidangan ala kampung ini. Tak perlu ayam goreng atau pun kari daging mahu pun udang atau ketam sebagai tarikan untuk memancing selera kami. Hidangan ini adalah lebih daripada mencukupi kerana kami dapat rasakan kehadiran kasih sayang di dalam hidangan yang Mak sediakan ni.


Ini adalah lauk tumis air Mak yang sering saya nikmati masa kecil dulu malah masih lagi menjadi kegemaran sehingga kini. Mak masukkan sejenis sayuran yang biasanya kami orang Johor ni sebut pucuk/daun Ranti, di tempat lain saya tidak pasti apa namanya. Ianya mempunyai buah yang kecil-kecil berwarna hijau. Kalau di Kuala Lumpur ni saya boleh jumpa daun ni kat Pasar Malam IKM Kampung Pandan. Itu pun di gerai sayur-sayuran milik peniaga India, di tempat lain saya tak pasti. Selain dimasak dengan cara begini pucuk Ranti ni jugak sedap dibuat masak lemak. Bagi yang tak biasa mungkin akan mengatakan daun ni  agak pahit sedikit...hmm...itulah keistimewaan daun ni. 

Anak-anak saya juga menggemarinya. Kami boleh meratah begitu saja lauk ni sampai tak ingat orang belakang...hehehe. Kalau makan dengan nasi panas memang boleh bertambah-tambah.

 
Lebih-lebih lagi ada sambal tumbuk dengan ulam. Sambal yang di atas ni menggunakan lada kering, ikan bilis dan bawang yang digoreng. Kemudian semua bahan tu ditumbuk dan ditambah garam dan gula secukup rasa. Lada kering goreng tu yang membuatkan sambal tumbuk ni wangi. Dulu saya dan adik-beradik yang lain suka makan sambal ni berulamkan limau kasturi yang dimakan dengan kulitnya sekali. Begitu juga dengan pucuk betik, petai, jering dan sebagainya termasuklah kacang boto. Suami saya pun turut menggemarinya. 

Telur dadar tu juga sangat sesuai untuk hidangan ni. Ianya memberikan tekstur lembut, kenyal, rasa yang lemak dan menyenangkan terutamanya untuk kanak-kanak.


Untuk memberi lagi kontras dan umphh...ikan kering daripada jenis bilis yang rangup ni adalah pilihan yang tepat...kruk...kruk bunyinya bila dikunyah. Ikan ni Mak gaulkan dengan tepung gandum sebelum digoreng...menambahkan lagi kerangupan dan kesedapannya. Pasti sepinggan nasi tidak mencukupi.

Haa...itulah dia penangan air tangan Mak. Teringat kata-kata seorang sahabat saya yang berketurunan India, Chandran namanya. Katanya, makanan yang paling sedap baginya adalah masakan ibu bukan semata-mata kerana keenakannya sahaja tetapi kerana ianya disediakan oleh seorang ibu.

Oh! To my friend Chandran and family, I hope it's still not too late to wish you all HAPPY DEEPAVALI!




Biskut Cip Coklat


Raya dah habis baru nak buat biskut...hehe...peduli apa kan? Sebenarnya tak payah tunggu raya baru nak makan kuih makmur ke...bikut corn flakes ke...chocolate chips ke...atau apa-apa saja yang sewaktu dengannya. Rasa-rasa nak makan buat aje...anak-anak tentu suka. Itu pun kalau rajin...betul tak?


Biskut chocolate chips ni kegemaran anak-anak saya...adunannya sangat basic dan ringkas aje...ada mentega, gula perang, tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko, telur, soda bikarbonate dan chocolate chips...tak kisahlah yang putih atau pun hitam. Kali ni saya gunakan yang putih...dulu saya pernah masukkan yang ada perisa strawberry...warna pink lagi. Chocolate chips tu saya gaulkan sekali dengan adunan biskut tu...selebihnya untuk hiasan. Saya ni kalau buat biskut malas nak menerap-nerap, teramatlah kurang tahap kerajinannya. Jadi kebanyakan biskut saya adalah daripada jenis drop cookies. So, ini adalah chocolate chips cookie versi malassssss!!!








Saturday, October 17, 2009

Le Chomel PIZZA

Sekolah anak saya telah mengadakan jamuan akhir tahun dan perpisahan pada hari Khamis yang lepas. Seperti biasa anak bujang saya minta saya buatkan pizza untuk dibawa ke jamuan tu. Jadi pada petang Rabu yang lalu saya dan abahnya bergegaslah ke TESCO Ampang untuk mendapatkan bahan-bahan untuk pizza ni.


Comel je pizza ni, seperti biasa kitorang gunakan roti pita aje...shortcut la kiranya, tak larat nak menguli dan nak cepat siap.


Antara bahan-bahan yang saya gunakan untuk topping le chomel pizza ni. Ada cendawan butang yang dihiris nipis, capsicum hijau dan merah, nenas kiub dalam tin yang dipotong kecil-kecil, daging cincang yang ditumis dengan bawang merah dan bawang putih serta daun bay. Jangan lupa keju mozzarella parut.


Haa...ada juga sosej kegemaran budak-budak yang tak boleh ditinggalkan. Yang penting sekali sos pizza yang saya tumis sendiri dengan bawang besar, bawang putih dan tomato segar sehingga layu..ditambah pula dengan daun bay serta oregano, rosemary dan thyme yang segar sehingga naik bau. Masukkan pula puri tomato dan rasakan garam dan gulanya.


Pizza yang dah siap dibakar dan boleh terus dimasukkan ke dalam mulut...nyum...nyum...nyum. Saya masukkan 3 keping pizza sekaligus ke dalam convection oven saya dan dibakar selama lebih kurang 10 minit.


Sebelum dibawa ke sekolah kitorang anak-beranak belasah dulu beberapa keping le chomel pizza ni.


Inilah bekalan untuk Hadi bawa ke jamuan kat sekolah dia. Nasib baik abah Hadi sukarela membakar semua pizza ni. Si Dina pulak rajin bubuh sos dan topping kat pizza ...Hadi macam biasa la...tau makan je. Si kenit Haifa pulak jadi tukang sibuk.

Pagi Khamis tu Hadi ke sekolah dengan senang hati dan senyuman yang bersimpul-simpul sebab dapat bawak pizza ni lagi ke jamuan sekolahnya. Tapi rupa-rupanya jamuan mula agak lewat...katanya pukul 11 pagi...hai le chomel pizza dah jadi le peluh pizza la kisahnya. Kesian kat Hadi dan kawan-kawan serta cikgu-cikgunya, terpaksalah makan pizza yang dah sejuk tu. Apa-apa pun terima kasihlah sebab semuanya habis dimakan...alhamdulillah.




Laa...mana pegi buahnya?!!!



Adunan kek yang dah dimasukkan ke dalam loyang. Badam hiris dan potongan halwa ditabur di atasnya untuk menambahkan tekstur dan serinya...dah sedia untuk dimasukkan ke dalam oven. Cuma saiz loyang tu agak besar untuk adunan kek ni.

 
Inilah rupanya kek yang dah siap dibakar.....mmm...bau wangi daripada 'orange oil' tu sungguh menyelerakan.


 

Inilah rupanya kek buah saya...tapiii...mana dia kismis dan mixed fruits yang lain tu??? Adusss...korang dah menyelam jauh sangat ke dasar rupanya...itulah dia...nampak tak semuanya dah jatuh ke bawah...tak timbul timbul.....huhuhu. Tapi walau macam manapun rasanya boleh tahan jugak la...pasal buah yang dah mendak ke bawah tu kena tanya pakarlah jawabnya...heee. 

Wednesday, October 7, 2009

Sulaman Tangan





EKSPERIMENTASI.......(sila klik tajuk ini untuk cerita selanjutnya)



Ini adalah antara perkara yang gemar saya lakukan sekiranya mempunyai waktu terluang...tapi yang tak bestnya selalu sangat tak cukup masa...huhu

Tuesday, October 6, 2009

SALAM AIDILFITRI



Assalamualaikum semua...Walaupun hari ni dah masuk Syawal yang ke-17, saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang sudi singgah kat blog ni. Ucapan ni jugak untuk kaum keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan sesiapa saja yang mengenali saya walau di mana saja berada...mohon maaf zahir dan batin di atas segala salah dan silap samada yang sengaja atau pun tidak. Mudah-mudahan bertemu lagi pada Syawal yang akan datang...insyaallah.