Issshhh...dahlah kena salai pastu kena goreng pulak?! Azab betul bunyinya ya. Mmm...siapalah yang dijatuhkan hukuman mandatori salai sampai kering dan goreng sampai garing tu ek? Macam ganas aje bunyinya...huhuhu...mengerikan. Memang haru kalau ada undang-undang kat dunia ni yang jatuhkan hukuman macam tu. Selalunya yang kita dengar Rotan 100 kali ke...Gantung Sampai Mati ke...atau yang sewaktu dengannya. Ishhh...simpang malaikat 44! Okaylah...yok kita siasat apa kes sebenarnya ni...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Hehehehehehhh...Pisang salai rupanya! Maaf dengan kualiti gambar yang kurang memuaskan ni. Terlebih reflection dari flash kamera telefon saya ni...huhuhu...
Inilah rupanya pisang yang dah kena salai. Gelap dan berkilat warnanya. Aromanya pulak unik dengan bau pisang bercampur asap...tapi ada orang tak suka. Biasalah selera masing-masing. Pisang salai ni memang popular kat Johor. Masa nak balik ke KL tempohari saya singgah di pekan Air Hitam dan membeli pisang salai ni di situ. Walaupun berasal dari Johor, saya sendiri tak pernah tengok macam mana proses membuat pisang salai ni...tahu makan je! Apa yang saya dengar, pisang yang selalu digunakan adalah pisang Awak tapi saya sendiri pun tak pasti. Pisang salai ni boleh dimakan terus macam jajan dan sedap juga kalau digoreng dengan tepung macam nak buat pisang goreng...macam dalam gambar kat bawah ni...
Haaa...ini pulak pisang salai yang dah digoreng. Rangup di luar, lembut di dalamnya. Saya gunakan tepung gandum dengan sedikit air kapur dan garam je. Kalau guna tepung beras yang dibancuh dengan telur lagi sedap. Sesuai dihidangkan bersama teh atau kopi panas untuk dinikmati seisi keluarga di petang hari sambil menonton tv...yummy nak lagi!