Tuesday, March 1, 2011

Roti Canai, Tarik atau Tebar?.....


Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Memang puas hati kalau dapat makan roti canai dengan kuah kari atau dhal yang sedap kan?  Lebih-lebih lagi dinikmati bersama-sama teh tarik yang lemak berkrim tu...roti canai kat Malaysia ni dah jadi menu wajib untuk semua orang tak kira peringkat umur...baik yang tua mahu pun yang muda.  Malah tak kira bangsa Cina ke,  Melayu ke atau pun India...semuanya bersatu hati bila tiba bab roti canai ni.  Saya pun antara penggemar roti canai sejak dari kecil lagi...tapi kalau kena dengan kuah yang tak sedap memang tersangatlah menyampah.  Okaylah jom tengok roti canai yang saya buat di rumah pada hujung minggu yang lepas.


Inilah rupanya doh roti canai yang saya lumur dengan minyak masak.  Campurkan tepung gandum,  sedikit garam,  sedikit susu pekat manis,  minyak masak dan air secukupnya...gaul dan uli sebati sampai doh menjadi kenyal dan kental serta tak melekat di tangan.  Oh! Ya!  Tiada telur dalam adunan roti canai ni.  Lepas tu bahagikan doh sama saiz untuk dapat bentuk yang seragam...jangan lupa lumur dengan minyak masak,  kalau ada marjerin atau minyak sapi pun boleh...lagi sedap la rasanya.  Doh ni kena simpan dulu supaya lebih elastik,  nanti senang nak tebar.


Haa...tiba masa mencanai roti...oppss...rasanya tepat ke perkataan canai digunakan ek?  Bukan sepatutnya kita namakan Roti Tebar ke?  Hmm...baik kita serahkan kepada pakar bahasa ajelah.  Ok...berbalik kepada proses menebar roti ni...mujur ada meja kaca bulat saya ni,  sangat-sangat membantu.  Kalau dulu saya akan guna dulang besar macam yang mak saya selalu buat. Lepas doh dileperkan dengan tapak tangan,  kita kena tarik perlahan-lahan doh tu sampai nipis dan memenuhi permukaan belakang dulang...tak ada aksi tebar-menebar.  Yang penting tangan dan doh dilumur minyak masak supaya senang nak tarik doh sampai nipis.  Kalau macam tu kena tukar nama Roti Tarik la pulak...hehehe. 


Memang masa dulu-dulu suka sangat perhatikan mak buat roti canai guna kaedah ni.  Tapi kan bila tengok mamak kat restoran tebar roti canai saya jadi takjub dan taksub.  Mana taknya masa zaman budak-budak dulu aksi tebar roti canai macam satu hiburan buat saya...masa tu kalau nampak orang tebar roti canai memang tak berkelip mata saya sampai berangan nak jadi pandai macam diorang jugak.  Sungguh obses saya masa tu.   Jadi setiap kali mak buat roti canai sayalah yang jadi tukang sibuk...sibuk nak menebar roti macam mamak yang dah pro. Walaupun kena leter dengan mak saya buat tak kisah je. Kadang-kadang saya bersimulasi dengan tuala lembap dan buat latihan menebar yang cikgu matematik kat sekolah pun tak akan suruh buat punya...hehehe.  Akhirnya tanpa berputus asa saya boleh la jugak menebar roti canai...saya ulang ya,  setakat boleh aje la...


Sebelum...

...selepas...dan kemudian...


...mulakan dengan doa makan dan sumbat roti canai panas bercicah kari sardin ke dalam mulut yang dah nyaris-nyaris nak meleleh air liur tu...kunyah dan nikmati rasanya dengan lidah yang Allah bagi...lepas tu telan perlahan-lahan supaya tekak yang mengidam rasa roti canai tak tercekik dek kegelojohan menikmatinya dan sempat dihadam oleh perut yang kelaparan...sekian terima kasih...hehehe. Akhir kata,  ucaplah alhamdulillah...rezeki daripada Allah.

Saturday, February 5, 2011

Steamboat + barbeque @ home

Seronoknya dapat bersteamboat di rumah bersama keluarga tersayang. Walaupun tak sehebat di restoran namun gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...lalalalala...

Ringkas dan cepat disediakan...daging pun dah siap diperap.

Ikan di laut asam di darat, dalam kuali bertemu juga tapi yang ni tak ada ikan dan asam jawa mahupun asam keping ya...haa tak kisahlah apa pun...yang penting semua dah kena lebur dalam periuk berisi sup daging di dalamnya. Daging kat keliling periuk tu sekejap je hilang...

Yang ni pulak ayam yang saya perap dengan kunyit, sos tiram dan lada hitam...ringkas je. Habis memercik-mercik minyak ayam tu...kalau tak dialas dengan kertas surat khabar habislah berminyak-minyak dibuatnya lantai rumah. Nasib baik makan di rumah...tak payah susah hati nak control cun...kalau di restoran makan macam ni make-up pun cair...baju yang dipakai lawa-lawa pun habis berbau dek kerana asap dan wap ayam/daging/udang/sotong yang digril tu. Membazir aje sembur minyak wangi mahal-mahal. Iyalah...memang nak tergelak bila teringat suasana makan malam dengan kawan-kawan ofis beberapa tahun yang lalu di Seafood Terminal 3 in 1 dekat dengan Kompleks Sukan Kampung Pandan. Masa tu semua teruja nak makan makanan laut dengan konsep masak sendiri 3 dalam 1...boleh steamboat, barbeque dan kukus sekaligus...hebat tu. Masing-masing sikit punya calit lipstick merah segala macam merah...macam-macam ada...merah jambu, merah bata, merah cili, merah kesumba, merah hati...pipi pulak bak pauh dilayang setelah difoundationkan la. Yalah dah namanya dinner, kenalah bersiap lebih sikit daripada selalu...tup tup bila tiba masa makan, siaplah semuanya bersilat dengan minyak yang memercik, asap barbeque dan  wap dari ikan siakap/kerapu kukus lagi...bukan setakat air liur yang meleleh, make-up pun meleleh jugak sebab kecairan dek kepanasan yang agak hotzz di meja makan...hehehe...Lepas tu semua dah tak kuasa nak control keRatuan masing-masing...kalau  nak meratukan diri malam tu memang kitorang tak kenyang la jawabnya. Lebih-lebih lagi kena bersaing dengan kaum adam yang bergelar suami yang mana pantang tengok makanan sedap dan panas serta segar dari ladang...mana nak layan anak-anak lagi. Alamatnya dapat tulang ikan dengan tulang ayam ajelah...hehehe...
Itulah kali pertama dan terakhir makan kat situ...tak sempat nak mengulang kunjung. Sebabnya restoran tu dah pindah...tak tau pulak lokasi barunya di mana. Apa pun itu antara kenangan manis dapat makan dan bersantai  dengan kawan-kawan sekerja.


Ini dia daging yang saya perap dengan lada sulah dan sedikit sos tiram...lepas gril boleh celup dengan sos taucu pedas tu...sedap ke? Ish...kalau tanya saya memanglah sedap.

Ini dari mangkuk anak dara saya si budak kacamata tu...memang dia, abang dan adiknya teruja sakan mengadap hidangan steamboat ni...betul-betul berselera kami sekeluarga malam tu...alhamdulillah...rezeki daripada Allah.
Oh! Ya!...Saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga  Malaysia yang berbangsa Tionghua. Semoga bergembira dan beroleh keuntungan di tahun baru. Salam 1 Malaysia!

Monday, January 24, 2011

Nolin Kena Baca Ni...

Saya telah memulakan tahun baru 2011 ni dengan pencarian ilmu. Kalau orang lain sibuk sambung ijazah, master dan sebagainya...saya pulak masuk kelas masak-masak di hujung minggu. Pada awalnya saya nak sponsor adik (Nolin) atau kakak saya yang tinggal di Johor tu. Oleh kerana diorang ada halangan maka saya tersponsor diri sendiri...hehehe

Yay...akhirnya saya dapat belajar buat puff pastry. Ini adalah produk yang telah didemo oleh Chef yang mengajar. Cantik dan berlapis-lapis.




Semua hasil air tangan Chef yang meletup dan vogue gitu.

Ini yang saya buat...inti savoury...tak secantik Chef punya...huhuhu

Ini pun saya punya...ada custard filling dengan buah-buahan.

Inilah dia Chef Asma yang telah mengajar dengan terang dan jelas. Dulu selalu tengok kat tv je. Terima kasih banyak-banyak di atas ilmu yang dicurahkan. Memang berbaloi belajar dengan beliau...saya dan peserta lain bawa balik dua kotak puff pastry. Kami juga dibekalkan dengan pastri marjerin supaya boleh buat latihan di rumah...takut nanti lupa teknik dough laminating tu. Sepanjang hari tu rasa seronok walaupun kebanyakan masa berdiri...memang letih tapi gembira bila anak-anak suka dan suami merestui minat saya...dan sudi menjadi Pak Supir pada hari tu walaupun tersesat-sesat.  Oleh kerana urat-urat seluruh badan saya ni tumpang seronok jugak...keesokan harinya saya demam tak boleh bangun...kihkihkih...lepas ni kena warm-up dulu...takdelah terkejut, maklumlah umur semakin meningkat.

Haa...Nolin tunggu apa lagi???


Sunday, January 23, 2011

Senyap...sunyi dan sepi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...
Agak lama saya biarkan blog ni senyap dan sunyi tanpa entri-entri terbaru...bila dah jadi macam ni mulalah rasa kekok dan janggal nak menyusun ayat...terkial-kial pulak rasanya nak cari perkataan yang sesuai.  Hmmm...bukan senang nak dapat balik feel untuk berblog ni kan?  Sebab itulah kena rajin update blog...bukannya macam saya yang selalu culas.  Sebab itulah banyak perkara/aktiviti yang menjadi basi tanpa sempat dimasukkan ke dalam blog sebagai entri yang akan tersimpan di arkib.  Maka senyap, sunyi dan sepilah blog saya ni...... tapi ada kalanya...sepi itu indah!