Saturday, February 5, 2011

Steamboat + barbeque @ home

Seronoknya dapat bersteamboat di rumah bersama keluarga tersayang. Walaupun tak sehebat di restoran namun gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...lalalalala...

Ringkas dan cepat disediakan...daging pun dah siap diperap.

Ikan di laut asam di darat, dalam kuali bertemu juga tapi yang ni tak ada ikan dan asam jawa mahupun asam keping ya...haa tak kisahlah apa pun...yang penting semua dah kena lebur dalam periuk berisi sup daging di dalamnya. Daging kat keliling periuk tu sekejap je hilang...

Yang ni pulak ayam yang saya perap dengan kunyit, sos tiram dan lada hitam...ringkas je. Habis memercik-mercik minyak ayam tu...kalau tak dialas dengan kertas surat khabar habislah berminyak-minyak dibuatnya lantai rumah. Nasib baik makan di rumah...tak payah susah hati nak control cun...kalau di restoran makan macam ni make-up pun cair...baju yang dipakai lawa-lawa pun habis berbau dek kerana asap dan wap ayam/daging/udang/sotong yang digril tu. Membazir aje sembur minyak wangi mahal-mahal. Iyalah...memang nak tergelak bila teringat suasana makan malam dengan kawan-kawan ofis beberapa tahun yang lalu di Seafood Terminal 3 in 1 dekat dengan Kompleks Sukan Kampung Pandan. Masa tu semua teruja nak makan makanan laut dengan konsep masak sendiri 3 dalam 1...boleh steamboat, barbeque dan kukus sekaligus...hebat tu. Masing-masing sikit punya calit lipstick merah segala macam merah...macam-macam ada...merah jambu, merah bata, merah cili, merah kesumba, merah hati...pipi pulak bak pauh dilayang setelah difoundationkan la. Yalah dah namanya dinner, kenalah bersiap lebih sikit daripada selalu...tup tup bila tiba masa makan, siaplah semuanya bersilat dengan minyak yang memercik, asap barbeque dan  wap dari ikan siakap/kerapu kukus lagi...bukan setakat air liur yang meleleh, make-up pun meleleh jugak sebab kecairan dek kepanasan yang agak hotzz di meja makan...hehehe...Lepas tu semua dah tak kuasa nak control keRatuan masing-masing...kalau  nak meratukan diri malam tu memang kitorang tak kenyang la jawabnya. Lebih-lebih lagi kena bersaing dengan kaum adam yang bergelar suami yang mana pantang tengok makanan sedap dan panas serta segar dari ladang...mana nak layan anak-anak lagi. Alamatnya dapat tulang ikan dengan tulang ayam ajelah...hehehe...
Itulah kali pertama dan terakhir makan kat situ...tak sempat nak mengulang kunjung. Sebabnya restoran tu dah pindah...tak tau pulak lokasi barunya di mana. Apa pun itu antara kenangan manis dapat makan dan bersantai  dengan kawan-kawan sekerja.


Ini dia daging yang saya perap dengan lada sulah dan sedikit sos tiram...lepas gril boleh celup dengan sos taucu pedas tu...sedap ke? Ish...kalau tanya saya memanglah sedap.

Ini dari mangkuk anak dara saya si budak kacamata tu...memang dia, abang dan adiknya teruja sakan mengadap hidangan steamboat ni...betul-betul berselera kami sekeluarga malam tu...alhamdulillah...rezeki daripada Allah.
Oh! Ya!...Saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga  Malaysia yang berbangsa Tionghua. Semoga bergembira dan beroleh keuntungan di tahun baru. Salam 1 Malaysia!