Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memang puas hati kalau dapat makan roti canai dengan kuah kari atau dhal yang sedap kan? Lebih-lebih lagi dinikmati bersama-sama teh tarik yang lemak berkrim tu...roti canai kat Malaysia ni dah jadi menu wajib untuk semua orang tak kira peringkat umur...baik yang tua mahu pun yang muda. Malah tak kira bangsa Cina ke, Melayu ke atau pun India...semuanya bersatu hati bila tiba bab roti canai ni. Saya pun antara penggemar roti canai sejak dari kecil lagi...tapi kalau kena dengan kuah yang tak sedap memang tersangatlah menyampah. Okaylah jom tengok roti canai yang saya buat di rumah pada hujung minggu yang lepas.
Inilah rupanya doh roti canai yang saya lumur dengan minyak masak. Campurkan tepung gandum, sedikit garam, sedikit susu pekat manis, minyak masak dan air secukupnya...gaul dan uli sebati sampai doh menjadi kenyal dan kental serta tak melekat di tangan. Oh! Ya! Tiada telur dalam adunan roti canai ni. Lepas tu bahagikan doh sama saiz untuk dapat bentuk yang seragam...jangan lupa lumur dengan minyak masak, kalau ada marjerin atau minyak sapi pun boleh...lagi sedap la rasanya. Doh ni kena simpan dulu supaya lebih elastik, nanti senang nak tebar.
Haa...tiba masa mencanai roti...oppss...rasanya tepat ke perkataan canai digunakan ek? Bukan sepatutnya kita namakan Roti Tebar ke? Hmm...baik kita serahkan kepada pakar bahasa ajelah. Ok...berbalik kepada proses menebar roti ni...mujur ada meja kaca bulat saya ni, sangat-sangat membantu. Kalau dulu saya akan guna dulang besar macam yang mak saya selalu buat. Lepas doh dileperkan dengan tapak tangan, kita kena tarik perlahan-lahan doh tu sampai nipis dan memenuhi permukaan belakang dulang...tak ada aksi tebar-menebar. Yang penting tangan dan doh dilumur minyak masak supaya senang nak tarik doh sampai nipis. Kalau macam tu kena tukar nama Roti Tarik la pulak...hehehe.
Memang masa dulu-dulu suka sangat perhatikan mak buat roti canai guna kaedah ni. Tapi kan bila tengok mamak kat restoran tebar roti canai saya jadi takjub dan taksub. Mana taknya masa zaman budak-budak dulu aksi tebar roti canai macam satu hiburan buat saya...masa tu kalau nampak orang tebar roti canai memang tak berkelip mata saya sampai berangan nak jadi pandai macam diorang jugak. Sungguh obses saya masa tu. Jadi setiap kali mak buat roti canai sayalah yang jadi tukang sibuk...sibuk nak menebar roti macam mamak yang dah pro. Walaupun kena leter dengan mak saya buat tak kisah je. Kadang-kadang saya bersimulasi dengan tuala lembap dan buat latihan menebar yang cikgu matematik kat sekolah pun tak akan suruh buat punya...hehehe. Akhirnya tanpa berputus asa saya boleh la jugak menebar roti canai...saya ulang ya, setakat boleh aje la...

Sebelum...
...selepas...dan kemudian...
...mulakan dengan doa makan dan sumbat roti canai panas bercicah kari sardin ke dalam mulut yang dah nyaris-nyaris nak meleleh air liur tu...kunyah dan nikmati rasanya dengan lidah yang Allah bagi...lepas tu telan perlahan-lahan supaya tekak yang mengidam rasa roti canai tak tercekik dek kegelojohan menikmatinya dan sempat dihadam oleh perut yang kelaparan...sekian terima kasih...hehehe. Akhir kata, ucaplah alhamdulillah...rezeki daripada Allah.