Monday, June 22, 2009

MOUTHWATERING PICKLED WATERMELON

Kepada sesiapa yang gemarkan acar mentah macam jelatah tu bolehlah cuba resipi ni ek. Resipi ni unik sebab kulit tembikai yang biasanya kita buang digunakan di dalam hidangan pembuka selera ni. Harap-harap tiada lagi pembaziran yang akan berlaku selepas ini.

Sebenarnya, tembikai adalah buah yang agak versatile...bukan setakat boleh dimakan begitu sahaja...ianya jugak boleh dibuat salad, dimasak bening , dibuat jus malah orang Kelantan buat ulam cicah dengan budu...sedap pulak tu...cair air liur dibuatnya.

Masa belajar di UiTM dulu...ada sorang kawan mengajar saya makan tembikai cicah kicap. Saya pun merasa tersangatlah hairannya...buang tebiat ke apa kawan aku ni? ...tapi dalam pada bingung-bingung tu saya cuba jugak merasa...eh! sedap jugak rupanya...:)


Kali ni apa kata kita buat acar mentah daripada kulit tembikai. Hidangan pembuka selera ni sangat mudah disediakan. Kita cuma perlukan kulit tembikai yang telah dikupas bahagian kulit luar yang berwarna hijau tu. Pastu potonglah ikut suka...nak tebal ke nak nipis, ikutlah selera dan citarasa masing-masing. Kemudian bubuh garam, gula, cuka dan serbuk lada kering yang kasar tu...ala macam nak buah jelatah timun dan nenas tu la...yang penting rasa masin, masam dan manis tu mestilah diseimbangkan dengan baik...barulah dapat rasa yang menyelerakan dan menyegarkan! Ikut resipi asal, acar ni dicampur dengan sambal olek yang berasal dari Indonesia...ala lebih kurang macam sambal belacan. Anda boleh klik Lily's Wai Sek Hong: Pickled Watermelon untuk versi yang dicampur dengan sambal olek tu. ENJOY!

No comments: