Kabare? Semoga waras ya...huhuhu...dah agak lewat malam ni tapi tak tidur lagi...esok nak gi kerja...tak serik-serik, nanti terkucil lagi kang...tak pasal-pasal kena mintak autograph bos pulak...ish3x. Takpe...kejap lagi kita tidurlah...sabar ya wahai kelopak mata yang dah rasa ketat ni...bagilah can kejap. Akak cuma nak story sikit pasal kudapan yang lazat ni...uaarrgghhh...ngantuk pun ngantuk la...layan ajelah.
Inilah Arrowhead/Ngaku(bukan bawang putih ya...) yang saya beli di Tesco Ampang...memang tengah musim sebab Tahun Baru Cina dah semakin hampir. Kalau tak silap, harganya dalam RM 2.35 sekilogram. Ianya adalah sejenis sayuran ubi yang diimport dari negeri China. Memang ramai kaum Cina membelinya...bagi orang Melayu mungkin pelik sikit kot sebab tak tau nak buat apa dengan benda ni...tapi bagi saya, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang...tak ketinggalan tumpang menyelit kat celah-celah aso dan nyonya yang tengah sibuk memilih ubi ni...masa tu ada sepasang suami isteri berbangsa Melayu yang agak otai tengah asyik memilih ubi ni...penuh beg plastik tu.
Kalau nak tau Arrowhead ni sangat sedap dibuat kerepek tau. Kadang-kadang ubi ni dipanggil Chinese Potato...teksturnya lebih kurang macam Sengkuang Cina cuma ia lebih berkanji...namun rasanya jika dimakan mentah tidaklah semanis Sengkuang Cina tu. Boleh klik NGAKU untuk melihat artikel yang berkaitan dengannya.
Ngaku yang dah siap dikupas kulitnya dan dibersihkan.
Ngaku yang telah diparut/disagat...yang ni saya phobia sikit. Oleh itu tugasan ini digalas dengan machonya oleh Abang Misai saya. Seeloknya jangan biarkan kepingan Ngaku berada di dalam keadaan yang lembap...nanti tak berapa nak rangup lepas digoreng......uarrrrghhhh...eeee...teramatlah mengantuknya mata ni...sedapnya kalau dapat zzzzzzzzzzzz.....sabar ek...sikit lagi...next!
Apalagi...goreng kepingan Ngaku ni di dalam minyak yang mencukupi. Pastikan minyak betul-betul panas...rajin-rajinlah jaga api ya.
Inilah hasilnya...jangan lupa toskan minyak. Tak bubuh garam pun dah cukup sedap rasanya...rangup dan lemak-lemak manis ala pringles gitu. Saya suka kerepek yang nipis sikit...suami pulak suka yang tebal sikit. Lepas ni saya nak cari alat memarut/ mandolin yang lebih vouge lagi...yang kami ada ni beli kat pasar malam je.
Yang ini selepas diperisakan dengan garam dan lada hitam...memang sedap dan berbaloi-baloiii Cik Jah! Cubalah sendiri di dapur anda tidak kira di mana sahaja anda berada...mmuaaahhhh!
Orait...sekian sahaja untuk malam ni.....masa untuk ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ.........
1 comment:
pernah nampak buah ni kat Tesco juga...harus dapatkan ni...:D
Post a Comment