Bukan tanduk lembu...bukan tanduk kerbau atau rusa...bukan juga tanduk kambing gurun apatah lagi tanduk kucing...eh! kucing ada tanduk ke? Habis...kucing bertanduk tu apa pulak ek? Okaylah...tanduk yang saya nak cerita ni istimewa sebab ianya sejenis makanan iaitu kuih goreng berintikan sambal sardin. Kuih ni glamer kat ofis saya sebab taukenya adalah rakan sekerja saya iaitu Mr. 'S' yang tak kurang glamernya jugak...Kuih ni dijual dalam bentuk sejukbeku.
Nama tanduk tu muncul sebab bentuk kuih ni yang tajam kat bahagian hujungnya.
Beginilah rupanya tanduk yang telah digoreng.
Beginilah rupanya tanduk yang telah digoreng.
Tengoklah tu inti sambal sardin yang memang sesuai sangat dengan kulitnya yang garing di luar tapi lembut di dalam. Memang sedap dan berbaloi-baloiii... harganya pun memang sangat berpatutan. Semoga Mr. 'S' terus maju dengan tanduk-tanduknya...
Oh! Ya! Sambil tengok orang tanduk bola di musim World Cup ni eloklah pekena tanduk sambal sardin dengan kopi panas...lazat dan nyaman gitu.