Hai semua...minggu lepas saya buat kek ni selepas terpandang epal Royal Gala yang masih banyak lagi di dalam peti ais tu. Selepas berhempas-pulas memukul adunan secara manual ...saya guna wire whisk je sebab malas nak keluarkan mixer yang saya simpan entah kat mana agaknya tu...hehehe...inilah hasilnya kek epal saya.
Sebelum........
Sebelum........
Selepas........
Tapi saya tak sempat ambil gambar step by step...tak cukup tangan nak buat...maklumlah one man show...
Setelah dibuat keratan rentas ke atas kek ni...apa kata kita tengok isi perut dia pulak?...Jom layan...
Haa...inilah rupanya isi perut kek epal saya yang harum dengan bau kayu manis yang menusuk lubang hidungku...padahal dulu saya tak suka bau kayu manis dalam kuih atau dessert. Boleh mabuk dibuatnya tapi kini tidak lagi...hehehe
Okaylah saya sertakan resipinya di bawah ni ya...tapi kalau kek tu nanti bantat ke mendap ke...jangan la salahkan saya pulak. Resipi kek yang saya guna ni adalah hasil tindakbalas spontan saya selepas terpandang epal yang dah lama sangat beristirehat di dalam peti ais rumah saya ni.
150 gm mentega, 1/2 cawan gula dan 3 sdb susu pekat manis dipukul sehingga kembang dan berkrim. Masukkan 1 sdt ovallette dan 4 biji telur saiz A satu persatu, pukul lagi sampai kembang. Masukkan 1 sdt esen vanilla dan 1 sdt parutan kulit lemon. Kemudian masukkan 1 3/4 cawan tepung gandum yang telah diayak dengan 3/4 sdt soda bikarbonat...kaupkan adunan dan akhir sekali masukkan 1 cawan *inti epal* dan kaupkan lagi adunan sehingga rata. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah siap digris. Bakar kek sehingga masak ikut kesesuaian suhu oven masing-masing.
Ini pulak bahan-bahan yang saya guna untuk buat inti epal tu ya...
1. 3 biji epal Royal Gala - potong dadu, biar besar sikit
2. 2 sdb gula...saya guna gula melaka
3. 1/2 cawan air
4. 1 sdb jus lemon
5. 1/2 sdt serbuk kayu manis
Cara membuatnya senang je...
Satukan bahan no. 1, 2 dan 3 di dalam periuk yang sesuai. Masak sampai epal empuk dan air gula pekat dan agak kering. Masa ni boleh bubuh jus lemon dan serbuk kayu manis...dah siap. Masukkan ke dalam mangkuk dan sejukkan dulu sebelum digunakan.
Kek ni sesuai sangat untuk hidangan minum petang seisi keluarga. Aromanya sungguh memikat selera dan rasanya pun sedap...ya ianya sedap di tekak saya seisi keluarga...mungkin tidak pada tekak orang lain...hehehe...tapi kalau nak tau cubalah dulu! Tak kenal maka tak cinta.
No comments:
Post a Comment