Saturday, January 30, 2010

Bingka Kelapa Sawit Mak Saya

Salam lewat malam....terasa lama sangat tak cerita pasal makanan kat sini. Sebenarnya gambar banyak tapi tak larat nak meng'edit'...maklumlah bila kemalasan datang melanda, faham-faham ajelah ya. Entri kali ni saya nak cerita tentang sejenis kuih bingka yang istimewa hasil air tangan mak saya. Gambar-gambar ni diambil masa cuti raya haji tahun lepas. Sebelum tu tengok dulu gambar kat bawah ni...sebenarnya saya dah masukkan pada entri yang lepas...boleh klik kat CUBA TEKA !

Sesiapa yang dibesarkan di estet atau datang dari kawasan Felda atau Felcra mesti cam objek dalam gambar ni walaupun ada yang matanya rabun macam saya. Bagi budak-budak bandar yang tak pernah masuk ke kawasan yang saya sebutkan tu mungkin berpinar mata dan berkerut dahi nak meneka. Jadi eloklah saya tunjukkan gambar yang terang-benderang kat bawah ni.

Haa...dah terang pun gambar ni. Laaa...masih ada yang tak kenal lagi? Ok la...ni namanya BUAH KELAPA SAWIT...for those of you who are not familiar with it can check it out here. Banyak benda yang boleh dihasilkan daripada buah kelapa sawit ni tau...anda senaraikan sendirilah ya sebab saya tak nak jadi cikgu Geografi yang tak bertauliah kat sini...nanti tersilap fakta, naya aje!

 
Kelapa sawit ni dah direbus...teringat masa zaman hingus meleleh dulu...pakai baju kurung pun takde kain sarung...fesyen paling hot zamak budak-budak...hihihi...eh...dah lari topik sikit. Oklah...sambung balik...kelapa sawit rebus ni mak saya suka masak dengan air gula yang pekat...lebih kurang macam sira pisang. Wangi aje baunya...dah sejuk baru boleh makan sebab dah mesra lagi pun makan panas-panas boleh melecur lidah. Rasanya lemak-lemak manis...tapi tak boleh telan sebab bersabut...gigi pun jadi kuning sebab menggigit sabut yang berlemak dan berminyak serta berwarna kuning oren yang tersangatlah menonjol warnanya...makan banyak-banyak boleh pening woo. Seingat saya mak dengan kakak saya Uteh memang suka benda ni. Selain daripada tu kita boleh buat bingka atau pun kuih bakar dengan menggunakan pati daripada perahan buah kelapa sawit ni.

Mak tengah khusyuk mengupas kulit buah kelapa sawit. Kena buang tampuk dia dan kulit yang dah tak elok tu. Anak saudara saya si Dini yang bersusah-payah mendapatkan buah kelapa sawit tu...thanks Abang Long...:).

 
Buah yang dah disiat sebahagian daripada kulitnya.
  
Yang ni sabutnya...dah jadi hampas sebab pati kelapa sawit dah diperah.

Rupa 'santan' kelapa sawit yang keemasan.

 
Aktiviti mengadun kuih bingka dah nak mula...gula jangan lupa.

Kelihatan di dalam gambar...pakar kuih Bingka Kelapa Sawit bersama dua orang penyibuk pembantu yang tersangatlah rajin dan setia.

 
Mak tengah masukkan tepung dan santan...wawawa...'santan' vs santan...huhuhu...lupakan tentang diet sihat anda sekejap ya...lepas tu tambah telur sebiji...huahuahua...

Kenit kacau elok-elok tau. Jangan sampai berketul adunan tu...macam mengantuk aje mata tu mama tengok.

 
Adunan yang dah siap dibancuh boleh dituang ke dalam loyang.....sejak dulu lagi kami pakai loyang jenis yang berlubang kat tengah...sebelum tu loyang dipanaskan dulu atas dapur

Masuk dalam oven...bakar sampai masak.

 
Bingka dah masak...masa ni satu rumah dipenuhi bau wangi kelapa sawit...hmmm.

 
Inilah rupanya Bingka Kelapa Sawit mak saya...lebih sedap daripada bingka labu...aromanya sangat menyelerakan (ini pendapat saya la...lain orang lain citarasanya kan?)...bahagian keraknya yang paling istimewa dan mengancam...tapi maaflah jangan tanya resipinya sebab mak  saya buat takde sukatan...cara orang lama...main curah, campak dan agak-agak je. Bahan-bahan asasnya lebih kurang sama dengan kuih bingka tepung gandum jugak. Mesti ada tepung gandum, gula, santan pekat, telur, sedikit garam...yang lainnya cuma tambah pati kelapa sawit je.

Sebenarnya lepas saya balik KL sempat jugak buat bingka ni dan menjadi pulak tu...tapi tak sempat nak catit balik sukatannya. Selebihnya saya buatkan kek...dapat jugak saya rasakan kedua-duanya untuk kawan-kawan pejabat yang bernasib baik...maaflah yang lain-lain tu ek...lagi pun bendanya sikit...stok terhad la.

Panjang jugak entri kali ni...mata pun dah mengantuk sesangat...jumpa lagi di lain masa. Bye!




No comments: