Showing posts with label Salad. Show all posts
Showing posts with label Salad. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

Cerita salad lagi...



Salad ni saya gunakan 1 biji timun Jepun dan 1 biji epal Gala. Keduanya dipotong dadu. Untuk dressingnya  saya gunakan  4-5 sdb tairu/ yoghurt segar, 1 sdt serbuk pati ikan bilis, 1 sdt lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Cubalah!

Salad...dressing tak jadi...huhuhu

Salam kepada semua kaki makan...semoga hujung minggu anda menjadi hari-hari yang indah dan segar macam salad kat bawah ni.

Sebenarnya salad ni sebahagian daripada menu hari Rabu yang lepas...ada projek anak-beranak meraikan hari istimewa insan tersayang. Untuk bahan-bahan saladnya senang aje...saya gunakan daun salad yang kat dalam gambar tulah, saya guna sepokok (eh!betul ke penjodoh bilangannya tu)...tak tau apa ke namanya daun ni..ada kacang dalam tin...kat label tulis butter bean...first time beli...rembat aje, saya gunakan satu tin...pastu ada jagung manis, saya masukkan setongkol...tapi jangan le masukkan setongkol kat mangkuk salad tu pulak ya...takut ada pulak yang lurus bendul kang...gunalah teknogi yang sesuai...hehehe...saya hiris-hiriskan aje jagung tu. Kalau nak cungkil sebiji-biji butir jagung tu pun boleh tapi sampai esok la tak siap...huhuhu. Nak guna teknologi yang cepat dan mudah...beli aje jagung yang dah siap dilerai tu ha. 3 perkara tu saya perap dengan 3 ulas bawang putih yang diparut...lepas tu baru tuang dengan salad dressing.

Saya ni berangan nak buat salad dressing guna mayonnaise buatan sendiri. Memang la saya jadi membuatnya sendiri tapi yang tak bestnya mayo tu tak berapa nak jadi...it was a bit runny la...huhuhu. Maklumlah semuanya spontan je...dok membayangkan dalam kepala aje macam mana si Jamie Oliver buat kat dalam tv tu...semuanya main agak-agak je. Cara yang sepatutnya boleh klik kat Homemade Mayonnaise Recipe

Resipi bahasa Inggeris ni saya copy paste dari link kat atas tu la...tapi saya dah caras di sana-sini dengan sukatan sesuka hati saya...hahaha...sebab tu tak berapa nak jadi.

3/4 teaspoon salt 
...garam dah tentu saya bubuh...sesedap rasa!   
1/2 teaspoon powdered mustard 
...saya tak letak pun.   
1/8 teaspoon sugar
 ...eh! ni kena ada....pun sesedap rasa di lidah saya!
Pinch cayenne pepper 
...sorry...ini tarak, saya ganti lada hitam...2-3 x cubit kot...
4 to 5 teaspoons lemon juice or white vinegar 
...of course!...ni saya bantai je sukatannya...
1-1/2 cups olive or other salad oil
 ...ni pun wajib ada...lupa nak sukat...main tuang je...direct from the bottle...huhuhu...sebab tu la... 
4 teaspoons hot water 
...oh! kena ada eh?... 

Hasil yang saya dapat...mayo tak berapa kental...ala2 pekat berkrim aje. Tapi takpe jangan membazir...tetap boleh digunakan sebagai dressing salad saya tu. Apa yang penting saya mesti berusaha lebih gigih lagi sampai trampil buat mayo tu! Usaha itu tangga kejayaan.

Sunday, May 23, 2010

MENU HUJUNG MINGGU

Hai...Salam mesra di hujung minggu! Apa aktiviti menarik di hujung minggu ni ya? Bagi saya dan famili, masa yang berharga ni digunakan sepenuhnya untuk bergedik santai aje di rumah sambil menonton DVD dan semestinya...makan! 

Hari Sabtu semalam saya masak ayam panggang yang mudah menggunakan convection oven yang sangat berjasa tu. Ayam tu saya perap dengan bahan yang sangat ringkas iaitu sos tiram, lada hitam dan sedikit garam...kemudian dipanggang sehingga masak. 

Ayam panggang ni sedap dimakan dengan sos pudina yang selalu dimakan dengan roti nan dan ayam tandoori tu. Sebenarnya mudah aje nak menyediakannya...kisar seikat daun pudina (batangnya jangan diambil) bersama 2-3 ulas bawang putih...kalau tak suka kurangkan sendiri ya, 5-10 biji cili api...sila ukur baju di badan sendiri...kalau tak tahan pedas tu pandai-pandai la adjust) dan campurkan sedikit air masak...jangan terlalu banyak...bubuh nak bagi syarat boleh dikisar aje. Kisar sampai halus teksturanya. Lepas tu campurkan susu cair...anggaran 3-4 sudu besar dan campurkan perahan jus daripada setengah biji lemon...tambahkan garam dan gula secukup rasa dan kacau rata. Nah...siap untuk dihidang macam kat dalam gambar tu. 

Saya juga sediakan salad epal Fuji dan mangga yang ringkas sebagai pembuka selera. Memang mudah menyediakannya...

Sagat sebiji epal Fuji, sebiji buah mangga dipotong kiub, sebatang timun Jepun dihiris nipis dan menyerong serta koyak-koyakkan aje iceberg salad tu...bubuh kesemuanya dalam mangkuk. 

Lepas tu masukkan 3 ulas bawang putih yang telah disagat halus, empat biji cili api, satu sudu teh serbuk pati ikan bilis Tumix dan satu satu sudu teh serbuk cili kasar ke dalam salad tu. Perahkan setengah biji lemon dan tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan 1 sudu besar *ikan bilis kisar. Gaulkan salad dengan rata supaya rasanya mesra...pastikan masam, manis dan masinnya seimbang. Memang gandingan yang mantap untuk ayam panggang tu. Cubalah ya...boleh disesuaikan dengan citarasa dan kreativiti masing-masing pulak lepas ni.

*Basuh dulu segenggam ikan bilis dan sangan di dalam kuali tanpa minyak...untuk keringkan ikan bilis sebenarnya. Lepas tu boleh dikisar kering di dalam blender. Simpan di dalam bekas kedap udara.