Hai...Salam mesra di hujung minggu! Apa aktiviti menarik di hujung minggu ni ya? Bagi saya dan famili, masa yang berharga ni digunakan sepenuhnya untuk bergedik santai aje di rumah sambil menonton DVD dan semestinya...makan!
Hari Sabtu semalam saya masak ayam panggang yang mudah menggunakan convection oven yang sangat berjasa tu. Ayam tu saya perap dengan bahan yang sangat ringkas iaitu sos tiram, lada hitam dan sedikit garam...kemudian dipanggang sehingga masak. Ayam panggang ni sedap dimakan dengan sos pudina yang selalu dimakan dengan roti nan dan ayam tandoori tu. Sebenarnya mudah aje nak menyediakannya...kisar seikat daun pudina (batangnya jangan diambil) bersama 2-3 ulas bawang putih...kalau tak suka kurangkan sendiri ya, 5-10 biji cili api...sila ukur baju di badan sendiri...kalau tak tahan pedas tu pandai-pandai la adjust) dan campurkan sedikit air masak...jangan terlalu banyak...bubuh nak bagi syarat boleh dikisar aje. Kisar sampai halus teksturanya. Lepas tu campurkan susu cair...anggaran 3-4 sudu besar dan campurkan perahan jus daripada setengah biji lemon...tambahkan garam dan gula secukup rasa dan kacau rata. Nah...siap untuk dihidang macam kat dalam gambar tu.
Saya juga sediakan salad epal Fuji dan mangga yang ringkas sebagai pembuka selera. Memang mudah menyediakannya...
Sagat sebiji epal Fuji, sebiji buah mangga dipotong kiub, sebatang timun Jepun dihiris nipis dan menyerong serta koyak-koyakkan aje iceberg salad tu...bubuh kesemuanya dalam mangkuk.
Lepas tu masukkan 3 ulas bawang putih yang telah disagat halus, empat biji cili api, satu sudu teh serbuk pati ikan bilis Tumix dan satu satu sudu teh serbuk cili kasar ke dalam salad tu. Perahkan setengah biji lemon dan tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan 1 sudu besar *ikan bilis kisar. Gaulkan salad dengan rata supaya rasanya mesra...pastikan masam, manis dan masinnya seimbang. Memang gandingan yang mantap untuk ayam panggang tu. Cubalah ya...boleh disesuaikan dengan citarasa dan kreativiti masing-masing pulak lepas ni.
*Basuh dulu segenggam ikan bilis dan sangan di dalam kuali tanpa minyak...untuk keringkan ikan bilis sebenarnya. Lepas tu boleh dikisar kering di dalam blender. Simpan di dalam bekas kedap udara.

No comments:
Post a Comment