Salam untuk semua...baru berkesempatan untuk berblog kembali. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam aidilfitri...maaf zahir dan batin kepada semua yang pernah singgah di sini...juga untuk semua teman dan saudara-mara saya. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia yang disambut pada hari ini. Salam ceria dan salam 1Malaysia.
Salam untuk semua. Alhamdulillah...terasa bersyukur sangat kerana dilahirkan di bumi bertuah Malaysia yang tercinta ni. Semoga Malaysia akan sentiasa aman dan tenteram...jauhkanlah daripada sebarang kekacauan dan ketidakstabilan yang mampu mengganggu-gugat perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ni. Kita memang wajib berterima kasih kepada semua tokoh pejuang kemerdekaan yang telah mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi mencapai sebuah kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan negara ini. Hari ini telah 53 tahun negara kita merdeka...oleh itu adakah kita sanggup untuk menghancurkan apa yang telah kita perolehi? Persoalan inilah yang perlu kita tangani dengan jiwa yang patriotik dan berintegriti! Kalau bukan kita...siapa lagi yang sepatutnya memelihara imej dan maruah tanahair berdaulat ini? Atas dasar ini amat penting untuk semua rakyat Malaysia bersatu...lupakan segala perbezaan yang ada...yang penting kita mencapai matlamat yang sama...KEAMANAN!
Sememangnya kita pencinta damai...katakan tidak kepada segala bentuk kekerasan, penindasan, kesombongan, kerakusan dan kezaliman. Adalah amat malang sekiranya ada di antara kita merasa sangat 'merdeka' untuk melakukan segala kebejatan nafsu serakah haiwani itu tadi...nauzzubillah. Namun, hakikat itulah yang dilakukan terhadap saudara muslim kita di luar sana...FREE PALESTINE!
Kepada adik-adik dan generasi muda, hayatilah erti kemerdekaan yang sebenarnya...jangan alpa dengan segala ke'merdeka'an yang dinikmati malah ada yang dicipta sendiri dengan lebih menggerunkan lagi. Setiap hari di media cetak mahupun elektronik, cerita bayi dibuang bagaikan sampah sudah menjadi berita wajib untuk kita...bagaikan tiada penamat. Nampaknya kita belum merdeka lagi...masih dibelenggu dan dijajah dengan budaya hedonisme yang berpaksikan konsep kebaratan. Ya...dikatakan bahawa syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan ini dan adakah kita termasuk di dalam golongan yang seronok untuk turut bersama-sama syaitan yang dibelenggu itu? Atau kita pula yang sukarela mengambil-alih tugas-tugas syaitan yang direjam? Semuanya gara-gara tidak memelihara roh Ramadhan dan gagal menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Wallahu'alam.
Cuba baca berita di bawah ini :-
ARKIB : 30/08/2010
Bayi digantung pada tiang papan tanda
SHAH ALAM 29 Ogos - Masih ada pihak yang tergamak membuang bayi yang masih hidup - kali ini bayi lelaki, dipercayai baru dilahirkan dan ditemui dalam sebuah beg kertas serta digantung pada sebatang tiang papan tanda kira-kira pukul 5.30 petang ini.
Ketika ditemui di persimpangan lampu isyarat berhampiran kondominium Brunsfield di Seksyen 13 di sini, bayi malang itu masih bertali pusat.
Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, bayi itu ditemui oleh seorang lelaki tempatan dalam keadaan berbalut dengan kain batik.
"Polis dimaklumkan mengenai penemuan yang masih dalam keadaan sempurna malah, urinya masih terlekat," katanya kepada pemberita di sini lewat petang ini.
Berikutan penemuan itu, Azam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pembuangan bayi tersebut diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Kes ini, katanya, disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membuang bayi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm Hmmm...nampaknya entri saya kali ni agak serius sikit. Ok lah mudah-mudahan sambutan hari kemerdekaan yang jatuh pada Ramadan al-Mubarrak 1431H ini akan beroleh rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. Semoga para pemimpin negara kita diberi kebijaksanaan, kesabaran dan petunjuk agar dapat memimpin Malaysia yang unik ini ke arah kecemerlangan.
Sebenarnya inilah minumannya kalau saya teringin nak minum jus timun dengan kelapa laut macam dalam entri yang lepas...tapi malas nak memprosesnya...maklumlah kena pakai blender biasa aje kan, lepas tu nak kena tapis lagi...kan leceh?...Lain la kalau ada power juicer yang keluar kat tv dalam Smart Shop dulu tu bolehlah layan hari-hari.
Tapi yang ni senang aje sebab kaedah ni sesuai sangat bila paras hormon malas begitu tinggi di dalam sistem tubuh masing-masing. Yang penting...tolong hafal formula ni eh!
Air tebu + timun sagat + ais ketul = Jus TEMUN.....hehehe
Sesuai diminum ketika berbuka puasa...sejuk...nyaman dan segar...alhamdulillah.
Seronok betul bila saya jumpa benda ni kat Carrefour Wangsa Maju hari Sabtu yang lepas. Akhirnya ada jugak benda ni kat sana.....saya pun terus beli benda ni dengan harga RM 56.90 sebiji. Hmmm...lepas ni boleh la saya buat Takoyaki dengan menggunakan acuan ni...kalau tidak, sebelum ni saya asyik gunakan acuan kuih Cara aje.
"SELAMAT DATANG ke blog saya yang merupakan sebuah medium meluahkan rasa yang bukan luarbiasa bagi menghilangkan jemu dan bosan untuk dibaca oleh sesiapa sahaja yang sudi datang meluangkan masa dan semoga tiada yang terasa, andai terlanjur kata hanya maaf yang dipinta"
Passionate and proud - you stand very firmly on issues you truly believe in. Unrelentless and driven - you are willing to work very hard when you have to. While not an angry person by nature, you can be hot-tempered when things aren't going your way.
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU
-
KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin,
87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini
pada p...