Saturday, February 5, 2011

Steamboat + barbeque @ home

Seronoknya dapat bersteamboat di rumah bersama keluarga tersayang. Walaupun tak sehebat di restoran namun gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...lalalalala...

Ringkas dan cepat disediakan...daging pun dah siap diperap.

Ikan di laut asam di darat, dalam kuali bertemu juga tapi yang ni tak ada ikan dan asam jawa mahupun asam keping ya...haa tak kisahlah apa pun...yang penting semua dah kena lebur dalam periuk berisi sup daging di dalamnya. Daging kat keliling periuk tu sekejap je hilang...

Yang ni pulak ayam yang saya perap dengan kunyit, sos tiram dan lada hitam...ringkas je. Habis memercik-mercik minyak ayam tu...kalau tak dialas dengan kertas surat khabar habislah berminyak-minyak dibuatnya lantai rumah. Nasib baik makan di rumah...tak payah susah hati nak control cun...kalau di restoran makan macam ni make-up pun cair...baju yang dipakai lawa-lawa pun habis berbau dek kerana asap dan wap ayam/daging/udang/sotong yang digril tu. Membazir aje sembur minyak wangi mahal-mahal. Iyalah...memang nak tergelak bila teringat suasana makan malam dengan kawan-kawan ofis beberapa tahun yang lalu di Seafood Terminal 3 in 1 dekat dengan Kompleks Sukan Kampung Pandan. Masa tu semua teruja nak makan makanan laut dengan konsep masak sendiri 3 dalam 1...boleh steamboat, barbeque dan kukus sekaligus...hebat tu. Masing-masing sikit punya calit lipstick merah segala macam merah...macam-macam ada...merah jambu, merah bata, merah cili, merah kesumba, merah hati...pipi pulak bak pauh dilayang setelah difoundationkan la. Yalah dah namanya dinner, kenalah bersiap lebih sikit daripada selalu...tup tup bila tiba masa makan, siaplah semuanya bersilat dengan minyak yang memercik, asap barbeque dan  wap dari ikan siakap/kerapu kukus lagi...bukan setakat air liur yang meleleh, make-up pun meleleh jugak sebab kecairan dek kepanasan yang agak hotzz di meja makan...hehehe...Lepas tu semua dah tak kuasa nak control keRatuan masing-masing...kalau  nak meratukan diri malam tu memang kitorang tak kenyang la jawabnya. Lebih-lebih lagi kena bersaing dengan kaum adam yang bergelar suami yang mana pantang tengok makanan sedap dan panas serta segar dari ladang...mana nak layan anak-anak lagi. Alamatnya dapat tulang ikan dengan tulang ayam ajelah...hehehe...
Itulah kali pertama dan terakhir makan kat situ...tak sempat nak mengulang kunjung. Sebabnya restoran tu dah pindah...tak tau pulak lokasi barunya di mana. Apa pun itu antara kenangan manis dapat makan dan bersantai  dengan kawan-kawan sekerja.


Ini dia daging yang saya perap dengan lada sulah dan sedikit sos tiram...lepas gril boleh celup dengan sos taucu pedas tu...sedap ke? Ish...kalau tanya saya memanglah sedap.

Ini dari mangkuk anak dara saya si budak kacamata tu...memang dia, abang dan adiknya teruja sakan mengadap hidangan steamboat ni...betul-betul berselera kami sekeluarga malam tu...alhamdulillah...rezeki daripada Allah.
Oh! Ya!...Saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga  Malaysia yang berbangsa Tionghua. Semoga bergembira dan beroleh keuntungan di tahun baru. Salam 1 Malaysia!

Monday, January 24, 2011

Nolin Kena Baca Ni...

Saya telah memulakan tahun baru 2011 ni dengan pencarian ilmu. Kalau orang lain sibuk sambung ijazah, master dan sebagainya...saya pulak masuk kelas masak-masak di hujung minggu. Pada awalnya saya nak sponsor adik (Nolin) atau kakak saya yang tinggal di Johor tu. Oleh kerana diorang ada halangan maka saya tersponsor diri sendiri...hehehe

Yay...akhirnya saya dapat belajar buat puff pastry. Ini adalah produk yang telah didemo oleh Chef yang mengajar. Cantik dan berlapis-lapis.




Semua hasil air tangan Chef yang meletup dan vogue gitu.

Ini yang saya buat...inti savoury...tak secantik Chef punya...huhuhu

Ini pun saya punya...ada custard filling dengan buah-buahan.

Inilah dia Chef Asma yang telah mengajar dengan terang dan jelas. Dulu selalu tengok kat tv je. Terima kasih banyak-banyak di atas ilmu yang dicurahkan. Memang berbaloi belajar dengan beliau...saya dan peserta lain bawa balik dua kotak puff pastry. Kami juga dibekalkan dengan pastri marjerin supaya boleh buat latihan di rumah...takut nanti lupa teknik dough laminating tu. Sepanjang hari tu rasa seronok walaupun kebanyakan masa berdiri...memang letih tapi gembira bila anak-anak suka dan suami merestui minat saya...dan sudi menjadi Pak Supir pada hari tu walaupun tersesat-sesat.  Oleh kerana urat-urat seluruh badan saya ni tumpang seronok jugak...keesokan harinya saya demam tak boleh bangun...kihkihkih...lepas ni kena warm-up dulu...takdelah terkejut, maklumlah umur semakin meningkat.

Haa...Nolin tunggu apa lagi???


Sunday, January 23, 2011

Senyap...sunyi dan sepi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...
Agak lama saya biarkan blog ni senyap dan sunyi tanpa entri-entri terbaru...bila dah jadi macam ni mulalah rasa kekok dan janggal nak menyusun ayat...terkial-kial pulak rasanya nak cari perkataan yang sesuai.  Hmmm...bukan senang nak dapat balik feel untuk berblog ni kan?  Sebab itulah kena rajin update blog...bukannya macam saya yang selalu culas.  Sebab itulah banyak perkara/aktiviti yang menjadi basi tanpa sempat dimasukkan ke dalam blog sebagai entri yang akan tersimpan di arkib.  Maka senyap, sunyi dan sepilah blog saya ni...... tapi ada kalanya...sepi itu indah!


Friday, November 19, 2010

SAMBAL HIJAU PETAI JERUK

Minta maaf la kepada sesiapa yang bertandang ke sini ya.  Merata-rata bau petai.  Mana tidaknya...makan petai, mandi petai, tidur dan mimpi semuanya petai. Pendek kata di sana-sini asyik petai je.  Erkkk...burpp...alhamdulillah, sendawa pun bau petai...eheheh...Amacam?  Jom kita tengok apa yang boleh dibuat dengan petai jeruk ni ya...tapi kepada sesiapa yang anti-petai...entri ini bukan untuk anda...hehehe

Hmmmm...inilah sambal hijau petai jeruk yang saya suka sangat apatah lagi kalau dimakan bersama dengan nasi panas dan ikan goreng...tak payah lauk lain...jangan kata mak mertua,  suami duduk kat sebelah pun tak perasan.  

Saya gunakan cili api dan cili hijau yang direbus sekejap,  lepas tu ditumbuk dengan ikan bilis,  bawang putih dan sedikit sahaja halia sebagai pembangkit aroma.  Sementara itu tumiskan bawang merah yang dimayang nipis sehingga sedikit garing...kemudian masukkan cili yang telah ditumbuk.  Bila dah naik minyak baru masukkan petai jeruk dan beberapa biji cili api...bab cili api yang dimasukkan sebiji-biji tu memang penting sangat untuk Encik Suami.  Lepas itu bolehlah ditambah garam dan gula ikut selera masing-masing.  Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Beres! 

Seperti biasa saya masak main agak-agak aje...jadi sukatan bahan-bahan tu  timbang-timbanglah sendiri ya. Apa yang menariknya sambal ni di mata saya ialah warna minyaknya yang berwarna hijau tu...macam warna minyak zaitun yang extra dara...hehehe