Aduhai...nak cakap Jepun la pulak, dahlah lama betul blog ni ditinggalkan sepi tanpa cerita menarik...ehem...macamlah menarik sangat entri yang lepas-lepas tu kan?..Sebenarnya kalau ikutkan hati memang tergedik-gedik saya nak masukkan entri baru setiap minggu...tapi apakan daya...aku insan yang lemah tidak berdaya...kita hanya merancang, tuhan yang menentukan...ceh ceh ceh...dah mula nak propa la tu.
Okaylah kita lupakan semua tu...baik saya cerita pasal salah satu makanan kegemaran anak-anak saya iaitu sejenis makanan Jepun yang tidak perlu diperkenalkan lagi...yang memang dah terkenal seantero dunia disebabkan keistimewaan dan keunikannya. Apa lagi kalau bukan Sushi!
Jom kita layan...........
Saya dan anak-anak bergotong-royong buat sushi ni...kenyang perut dan puas hati. Oleh kerana khusyuk sangat membuatnya saya tak sempat ambil gambar step by step proses pembuatannya. Insyaallah di lain masa saya akan usahakan juga.
Kali ni saya tak gunakan beras sushi yang kontot-kontot tu...stok dah habis. Jadi saya gantikan dengan beras wangi aje...yang penting beras ni pun jenis melekit dan tak seroi macam beras basmathi tu. Saya tanak 3 cawan beras...pastikan jangan lembik...nanti tak jadi pulak sushi tu. Kalau nak tengok macam mana cara nak sediakan nasi untuk sushi ni boleh tengok di sini. Saya gantikan cuka dengan jus perahan daripada 3 biji lemon yang dicampur dengan 3 sudu besar gula dan 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis.
Mmmm...sedap dimakan dengan kicap cair dan wasabe. Dalam tu ada jejari ketam, timun dan isi ikan patin panggang lada hitam. Selalunya saya gunakan ikan keli yang rasanya jauh lebih sedap daripada ikan patin. Oleh kerana ikan keli yang dicari tak dapat, cik abang saya cadangkan diganti dengan ikan patin aje...yang seronoknya sushi saya ni tetap laku. Setiap kali siap digulung dan dipotong ia hilang sekelip mata dimakan dengan penuh berselera oleh anak-anak saya. Lepas ni saya nak guna ikan keli macam yang selalu saya buat sebelum ni...rasanya macam unagi sushi.
Ini pulak sushi yang saya buat hari sebelumnya dengan isi jejari ketam mayonnaise dengan timun Jepun. Kualiti gambar yang ini tak berapa baik...maaflah ya. Cukuplah dulu untuk kali ini...mata dah mengantuk sangat ni...SELAMAT MALAM!

6 comments:
wah2......syok sungguh tgk..ingatkan mkn sushi kat kedai ja...upenya kat umah pon leh..rajin sungguh!!!
Kitorang bukak sushi bar kat umah aje...tak pernah masuk pun sushi king...paling kuat pun beli kat Jusco je...tapi semenjak tau buat sendiri (ikut kepala dan perasaan yang syok sendiri...) memang tak pernah beli lagi kat situ...nanti kalau ada masa, boleh bukak kaunter kat pantry ofis pulak ek...pssttt...jangan bagi tau bos eh...hihihiii....
mak cik agak2 berapa kos kt nk wat kalau sushi yg mcm ni?
Kalau yang Crab Mayo tu rasa2nya adalah dalam RM30. itu pun bergantung pada filling dia...Along nak cuba buat ke?
orang umah along tanya daa..
nak jugak try buat.
kalo rajin la..hehe
Along...cakap ngan puan misi tu...tak yah tunggu rajin...buat je...hehehe...ajak anak join sekali...ala...macam main pondok-pondok tu...mesti enjoy...hehehe
Post a Comment