Sunday, February 28, 2010

AKOK KENIT

Antara kuih dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang saya gemari ialah kuih Akok. Kali pertama saya makan kuih ni masa saya di UiTM dulu...terasa sedap sangat kuih Akok yang dibawa oleh salah seorang pensyarah saya masa tu...Semenjak daripada hari tu saya  telah dilanda angau dengan kuih ni. Kalau jumpa mesti beli tapi yang bengangnya selalu dapat yang tak mengancam...huhuuu. Eh..tapi kenapa diorang panggil kuih ni Akok ek?...sama tak dengan akak?...akok ke akak...akak ke akok?...hehehehhh...banyak tanya pulak saya ni.

Kuih ni kalau dibeli 50 sen sekeping. Kalau jenis yang satu famili kuat makan macam kitorang ni, tak berapa berbaloi membeli. Jadi kenalah buat sendiri...ada jimat sikitlah, makan pun puas. Betul tak?

Inilah rupanya kuih Akok yang saya buat. Tapi kannn...ini spesies Akok Kenit. Sebabnya saya gunakan acuan kuih Cara je...heee...comel dan cinonet je. Resipi dan cara memasaknya adalah hasil pemerhatian dan imaginasi saya sahaja...kalau nak tunggu semua peralatan ada depan mata memang tak akan menjadilah jawabnya. Jenuh pulak nak ke Kelantan cari acuan, kalau tak pun buat muka seposen pinjam kat Pak Cik  yang  jual kuih Akok kat Pasar Kampung pandan tu...huhh...memang tak logik dan tak praktikal betul. Oleh sebab itu saya guna pakai apa yang ada di dapur dan diolah dengan sesuka hati sayalah!...hahahahhh. Kepada semua orang Kelantan tolong jangan marah saya ya...saya cuma nak makan kuih Akok ni aje di samping nak berjimat...hihihi...I'm sorry.

Saya kena terbalikkan kuih ni supaya kesan bakar terdapat di kedua-dua belahnya. Nasib baik acuan kuih Cara ni tak banyak songeh...memang mudah kerja saya sebab adunan tak melekat di acuan. Saya tinggalkan resipinya di bawah ni ya...sukatannya cukup-cukup untuk anak-anak, suami dan semestinya saya...hehehhh. Kalau ada yang kurang top-up sendiri atau cari saja resipinya di dunia maya tanpa sempadan ni...hahaha.

AKOK......ini versi saya, bukan yang ori.
Bahan yang diperlukan :-
1 cawan...tepung gandum (sebenarnya kurang 1cm 1 cawan)
1 cawan...santan pekat + 5 biji telur saiz besar (pukul rata)
1 cawan...sirap gula Melaka yang dimasak dengan simpulan daun pandan (boleh tambah gula kalau suka manis) dan sedikit garam untuk pemangkin rasa 

Cara membuat :-
Campur semua bahan dan kacau rata jangan sampai adunan berketul. Sebelum tu acuan dipanaskan dulu...kecilkan api dan kekalkan kepanasannya. Jangan lupa, acuan hendaklah disapu dengan minyak menggunakan daun pandan. Bila dah cukup panas, masukkan 1 sudu plastik (yang kita guna untuk makan tomyam/sup) ke dalam acuan. Tutup dengan tudung periuk sekejap supaya bahagian atasnya cepat masak...agak-agak dah masak bolehlah diterbalikkan guna lidi sate macam kat dalam gambar di atas. Bakar lagi sampai kuih masak dan garing...jangan hangus sudah. Sedia untuk dimakan. CUBALAH YA!

2 comments:

kakzie said...

saya pulak tak baper gemar sebab manis sgt...dulu Tok Ngah saya pembuat dan penjual akok yang di bakar secara tradisi menggunakan sabut kelapa di sebelah atas..Bila di makan panas2 fuhhhh memang terangkat

E-DA said...

Kalau buat sendiri boleh kawal sendiri manis dia...yang Tok Ngah awak buat tu memang confirm best sebab bakar stail lama...bau asap tu yang mahal kan.