Thursday, August 27, 2009

SALAM RAMADHAN


Assalamualaikum kepada semua muslimin dan muslimat yang sudi menjengah ke blog saya ni. Hari ni dah masuk 6 hari kita menjalani ibadah puasa. Rasanya masih belum terlambat lagi bagi saya mengucapkan salam Ramadhan kepada anda semua...tak kiralah di mana saja anda berada. Mudah-mudahan Ramadhan kita pada kali ini dijalani dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT.

Monday, August 10, 2009

AYAM MASAK APA EK?........

Ini pulak lauk yang saya masak lepas balik dari out-station kat Kelantan aritu. Sebenarnya ini je satu-satunya lauk yang saya masak pada hari tersebut. Layan dulu gambar ni...nanti sambung lagi. Ada perkara yang lebih URGENT...heheheh

*********************************************

......sambung balik cerita. Biasa la...bila balik out-station ni badan pun rasa letih, macam nak demam pun ada. Itu yang dapat satu lauk ni aje...huhuhu. Nasib baik ada serunding yang saya beli kat Pasar Siti Khadijah, boleh jugak dikawan-kawankan dengan lauk ayam ni. Sayurnya pulak...hehehe...nampak tak lada kat dalam gambar tu? Haa! Itulah sayurnya...fresh lagi, makan mentah-mentah buat ulam...rangup dannnnnn.....pedassss ooo...berasap! Lada ni dipetik segar dari ladang...thanks Yati.

Sebenarnya apa nama lauk ayam ni ek? Entahlah...saya pun tak tau, main taram je apa yang ada kat dapur yang dah jadi lintang-pukang tu. Nak kata kari bukan, kurma pun bukan, rendang lagilah bukan...mungkin ala2 kuzi kot. Yang penting anak-anak saya suka...heheeeee

Nak snap gambar step by step tak sempat...perut dah berkeroncong. So, layan le resipi kat bawah ni ek. Adjust2 le ikut style masing-masing...ini sukatan agak-agak saya aje. Lepas ni saya nak gunakan daging lembu pulak. Kalau teringin cubalah ya.
Bahan-bahan :-
1 ekor ayam (potong ikut pilihan masing-masing)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 cawan kismis
2 cawan susu cair
2 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan yang ditumbuk :-
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai (ditumbuk kasar @ dititik aje)
Bahan rempah yang disangan dan dikisar halus :-
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga
2 sdt biji lada putih
2 sdb jintan kecil
2 sdb biji ketumbar
Cara memasak :-
1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk sampai wangi dan sedikit garing.
2. Masukkan kismis dan tomato yang dipotong dadu. Masukkan rempah yang dikisar halus.
3. Masukkan daging ayam. Kacau rata dan masukkan air. Masak hingga kuah mendidih.
4. Apabila kuah telah mendidih dan daging ayam empuk, masukkan susu cair.
5. Rasakan garam dan gula. Biarkan kuahnya pekat sedikit dan daging ayam betul-betul empuk.
6. Bila kuah dah pekat sikit tu, boleh le tutup api. Sedia untuk dihidang.



Add Image

SUP TULANG

Hai! Apa khabar semua? Harap-harap sihat semuanya. Maklumlah sekarang ni kan musim jerebu yang boleh tahan jugak tahap ketebalannya tu. Apatah lagi kita sekarang ni dihantui dengan pandemik H1N1 yang meragut nyawa tu. Mudah-mudahan Allah melindungi kita semua.
Oh! Ya, lama saya tak up-date blog ni kan? Biasa la...akak sibuk le. Alahai, clichenya ayat tu ek. Takde ke alasan lain yang lebih gempak?.....heheheh...ni sesi kutuk diri sendiri...hahaha. Sebenarnya banyak benda yang lebih penting nak dibuat berbanding dengan blogging yang ala2 syok sendiri ni...ditambah pulak dengan penyakit malas yang selalu datang menyerang tak tentu masa ni. So...terhegeh-hegeh le jadinya.
Ok la dik non semua, kali ni layan dulu gambar-gambar sup tulang air tangan akak ni. Sup ni dimasak untuk jamuan pot-luck kat ofis pada hari Jumaat lepas. Meriah you...maklum le dah lama tak buat pot-luck ngan member2 ofis tu. So layan le dulu ek. Kalau rajin nanti saya story apa yang saya campak kat sup tulang ni ek.
Inilah sup tulangku...ops! bukan tulang saya ek...tulang lembu la!

Hmmm...tengok tu...tulang campur daging tetel...slurp2...yummmmm...

Saya ni Johorean...kalau makan sup mesti kena ada sambal kicap yang pedas...barulah terangkat beb!







Monday, July 6, 2009

SARAPAN RINGKAS

Salam semua! Kebelakangan ni saya agak sibuk...di ofis dan juga di rumah. Hari ni cukup seminggu mak saya balik semula ke Paloh. Agak berat nak lepaskan mak balik tapi apa nak buat...anak-anak saya pun macam tu jugak. Hmm...takpelah, lagi pun kesian kat mak yang asyik dok teringat kat pokok lada yang dia baru tanam tu. Achik sayang mak tau!

Oklah kita layan sarapan dulu ek. Ini menu sarapan yang simply sedap. Ringkas, lazat dan mudah disediakan. Roti bakar ni kegemaran saya. Sangat enak dinikmati bersama kopi panas...terlanggar pantang le jawabnya...uwaaa...saya tak boleh minum kopi la :(.

Teringat masa kecik-kecik dulu. Sebelum subuh lagi mak selalu bakar roti yang dah disapu marjerin yang ditabur gula pasir untuk sarapan. Kitorang bangun je dah terbau-bau keharuman roti bakar dengan aroma kopi panas dari dapur. Itulah antara sarapan ringkas mak dengan Uteh sebelum menoreh dan sarapan sebelum ke sekolah untuk saya, Kak Njang dan Abang Njang. Masa tu kitorang tinggal kat sebuah estet di Paloh yang dulunya diisytihar sebagai kawasan hitam masa zaman komunis dulu.

Kalau nak tau filem Paloh arahan Adman Salleh tu memang menceritakan tentang tempat saya dilahir dan dibesarkan. Cuma scene dalam filem tu dibuat kat Kuala Kangsar...kampung suami saya. Lagi satu, bapa pelakon Susan Lancaster pernah jadi majikan arwah abah saya. Masa tu Tuan Lancaster yang beristerikan seorang wanita Cina adalah merupakan pengurus ladang tempat mak dan arwah abah bekerja...biasalah zaman tu kan kebanyakan pengurus ladang semuanya berbangsa Inggeris...maklumlah kesan daripada penjajahan British. Masa tu saya pun tak wujud lagi kat dunia ni. Susan Lancaster pun masih kecik lagi. Agaknya dia pun dah tak ingat lagi suasana masa tu.

Masa sibuk-sibuk nak keluar filem tu, Majalah 3 pun ada buat liputan pasal pekan Paloh ni...tapi macam tak berapa nak terperinci ceritanya. Orang-orang yang ditemubual tu tak berapa nak kena la. Kalaulah arwah abah ada masa tu...bolehlah dia cerita perihal pekan Paloh masa zaman darurat menentang komunis dulu...sebab arwah abah ni dulu pernah jadi SC (Special Constable). Jadi memang le banyak pengalaman dia masa zaman tu.

Alamak! Ni kalau buat karangan SPM dah kira lari tajuk la jawabnya...soooriii.

Oklah...kita buat U-turn...kembali ke pangkal jalan. Sambung cerita roti bakar ni ya. Roti ni saya bakar dalam convection oven. Saya berpuashati dengan hasilnya. Seperti biasa roti disapu dengan mentega lepas tu terus disapu dengan susu pekat manis dengan sekata. Kemudian dimasukkan ke dalam oven...bakar ikut stail garing yang dikehendaki. Saya suka dengan rasa karamel susu pekat tu bercampur dengan mentega yang mencair...manis, lemak dan hmmm sungguh beraroma. Tapi awas jangan gopoh...tunggu suam sikit baru makan...kalau tidak melecur lidah dibuatnya! Jangan lupa baca bismillah.

Kepada orang-orang bujang yang sukakan sarapan ringkas dan mudah, bolehlah sediakan roti bakar susu ni ya. Sekali rasa nak lagi. Kalau jemu dengan susu pekat manis boleh jugak diganti dengan jem atau gula perang. Ikutlah selera masing-masing. Selamat bersarapan. :).