Sunday, July 4, 2010

Kek Epal Kayu Manis

Hai semua...minggu lepas saya buat kek ni selepas terpandang epal Royal Gala yang masih banyak lagi di dalam peti ais tu. Selepas berhempas-pulas memukul adunan secara manual ...saya guna wire whisk je sebab malas nak keluarkan mixer yang saya simpan entah kat mana agaknya tu...hehehe...inilah hasilnya kek epal saya.

Sebelum........


Selepas........

Tapi saya tak sempat ambil gambar step by step...tak cukup tangan nak buat...maklumlah one man show...

Setelah dibuat keratan rentas ke atas kek ni...apa kata kita tengok isi perut dia pulak?...Jom layan...


Haa...inilah rupanya isi perut kek epal saya yang harum dengan bau kayu manis yang menusuk lubang hidungku...padahal dulu saya tak suka bau kayu manis dalam kuih atau dessert. Boleh mabuk dibuatnya tapi kini tidak lagi...hehehe

Okaylah saya sertakan resipinya di bawah ni ya...tapi kalau kek tu nanti bantat ke mendap ke...jangan la salahkan saya pulak.  Resipi kek yang saya guna ni adalah hasil  tindakbalas spontan saya selepas terpandang epal yang dah lama sangat beristirehat di dalam peti ais rumah saya ni.

Bahan-bahan dan cara membuatnya :-
150 gm mentega, 1/2 cawan gula dan 3 sdb susu pekat manis dipukul sehingga kembang dan berkrim. Masukkan 1 sdt ovallette dan 4 biji telur saiz A satu persatu, pukul lagi sampai kembang.  Masukkan 1 sdt esen vanilla dan 1 sdt parutan kulit lemon.  Kemudian masukkan 1 3/4 cawan tepung gandum yang telah diayak dengan 3/4 sdt soda bikarbonat...kaupkan adunan dan akhir sekali masukkan 1 cawan *inti epal* dan kaupkan lagi adunan sehingga rata.  Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah siap digris.  Bakar kek sehingga masak ikut kesesuaian suhu oven masing-masing.

Ini pulak bahan-bahan yang saya guna untuk buat inti epal tu ya...
1.  3 biji epal Royal Gala - potong dadu, biar besar sikit
2.  2 sdb gula...saya guna gula melaka
3.  1/2 cawan air
4.  1 sdb jus lemon 
5.  1/2 sdt serbuk kayu manis 

Cara membuatnya senang je...
Satukan bahan no. 1, 2 dan 3 di dalam periuk yang sesuai.  Masak sampai epal empuk dan air gula pekat dan agak kering.  Masa ni boleh bubuh jus lemon dan serbuk kayu manis...dah siap.  Masukkan ke dalam mangkuk dan sejukkan dulu sebelum digunakan. 

Kek ni sesuai sangat untuk hidangan minum petang seisi keluarga. Aromanya sungguh memikat selera dan rasanya pun sedap...ya ianya sedap di tekak saya seisi keluarga...mungkin tidak pada tekak orang lain...hehehe...tapi kalau nak tau cubalah dulu!  Tak kenal maka tak cinta.







Monday, June 14, 2010

Cheff Hubby's Rendang...versi belasah jerr

Kali ni saya nak kongsi resipi rendang pulak...tapi bukan hasil air tangan saya tau. Rendang ni dimasak oleh Cheff Hubby saya yang macho lagi gagah perkasa tu...hihihi...kena lah puji lebih sikit...baru boleh dapat resipi walaupun katanya belasah jerr...tapi kan bukan nak bias la ya...rendang ni memang serius sedap tau. Kalau makan dengan nasi impit atau pun lemang...memang mantop.
 
Jom kita tengok apa bahan-bahan yang Cheff Hubby gunakan untuk memasak rendang yang menggoda ni.

Bahan-bahannya :-
Daging lembu 1 kg
Santan daripada 2 biji kelapa
Kerisik 3 sudu besar
Serai 3 batang
Halia anggaran 3 inci
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 3 ulas 
Serbuk lada kasar 2 sudu besar
Serbuk kari 1 sudu besar
Guka Melaka 1 ketul (saiz kecil) - ikut selera masing-masing
Kayu manis 2 batang (anggaran 2 inci setiap satu)
Garam secukup rasa

Cara memasaknya Cheff Hubby kata tak payah taip panjang-panjang...senang aje. Masukkan semua bahan tu dalam periuk atau kuali...tak payah nak tumis...rendang aje sampai daging empuk dan kuah menjadi agak kering. Senang kan? Sambil menunggu rendang masak boleh menyambil buat kerja lain. Memang boleh belasah jerr tapi jangan sampai berkerak pulak ya...silap haribulan hangus pulak rendang tu.

Sila beri perhatian ya tuan-tuan dan puan-puan...food presentation yang agak skema dan poyo ni hanyalah sementara aje...bila dah nampak makanan yang sedap depan mata tak sempat nak bertable manner pun...apa lagi?...belasah jerr...

Sunday, June 13, 2010

My Salmon Khan

Hehe...hari ni saya rasa seperti gila kuasa...hahaha...tetiba rasa tamak nak menyumbat entri-entri baru dalam masa beberapa jam ni. Mood ada mari...so layan dulu my Salmon Khan ok.

Haa...inilah dia projek anak-beranak kitorang yang memang kaki makan. Hidangan ni istimewa untuk orang yang dikasihi...semestinya pada hari yang istimewa  juga. Ikan Salmon dengan sos mentega bawang putih beribu-ribu lemon ni sangat yumm yumm tau. Nampak tak salad yang dalam pinggan tu?...resipi ada kat entri yang lepas. Mashed potato pun ada...children's favourite.
 
Resipi Mr. Salmon Khan ni boleh skodeng kat entri Ikan Jenahak. Cuma saya rasa  sos mentega yang ini ada sikit kemajuan daripada yang kat dalam entri tu. Jadi...kalau teringin nak mengubah selera masing-masing yang asyik layan kari, asam pedas, sambal belacan, budu dan yang sewaktu dengannya tu...sesekali pekena menu ala barat macam ni apa salahnya kan?
 

Cerita salad lagi...



Salad ni saya gunakan 1 biji timun Jepun dan 1 biji epal Gala. Keduanya dipotong dadu. Untuk dressingnya  saya gunakan  4-5 sdb tairu/ yoghurt segar, 1 sdt serbuk pati ikan bilis, 1 sdt lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Cubalah!