Sunday, May 31, 2009

TAKOYAKI

Hai!.....Layan dulu video kat atas ni ya. Biasa makan tak makanan Jepun ni? Makanan ni ada dijual di pasaraya Jusco dan dipanggil Tako Tao.....4 biji dijual dengan harga RM 4.30. Agak mahal kan?.....tapi kena dengan selera tekak saya ni. Rasanya sedap dan agak unik. Aroma dari Bonito flakes dan rumpai laut tu yang menyelerakan sebenarnya...ditambah pulak dengan sos dan mayonnaise yang menambah rasa lemak pada Takoyaki ni.

Semalam saya berjaya dengan ujikaji Takoyaki atau Octopus Ball ni...tapi saya buat ikut cara saya la. Insyaallah...saya akan tunjukkan bagaimana Takoyaki ni dimasak mengikut cara saya pada posting akan datang.....itu pun sekiranya kamera saya boleh berfungsi dengan baik.....huhuhu.....ke nak kena beli yang baru???

Thursday, May 21, 2009

MY HOMEMADE NOODLE

Jom buat mee sendiri. Nak tahu caranya? Jom ikut saya.

Setiap kali nak buat mee saya akan teringat pada Kak Mijah, anak kepada jiran sebelah rumah mak saya kat Johor. Dialah yang ajar mak dan kakak saya cara-cara buat mee. Terima kasih banyak-banyak Kak Mijah. Masa tu saya dan adik saya si Nolin tu masih bersekolah rendah lagi...jadi tukang sibuk ajelah.

Tapi dalam pada menyibuk tu...saya ni suka memerhati orang buat kerja. Katanya nak buat mee ni kena ada ubat dia baru jadi...saya ingat lagi ubat mee yang mak saya beli tu warnanya putih dan bentuknya bulat macam bola tenis. Kat kedai Cina aje ada benda tu. Saya pun tak tau apa ke namanya. Benda alah tu digunakan sikit je dan dilarutkan di dalam air. Mak saya panggil air abu kalau tak silap. Benda ni la yang buatkan mee tu berwarna kuning dan tahan lama. Kalau terlebih sukatannya...alamat tak boleh makan le mee yang kita buat tu. Mee terasa pahit dan lidas (ala yang rasa macam kebas-kebas...menggigit-gigit lidah tu). Baunya kuat macam terlebih kapur. Sekarang mak saya pun tak pakai dah ubat tu. Dia gunakan sedikit kapur makan je dan sedikit pewarna kuning.

Masa tu mak sebenarnya nak rasmikan pasta machine yang dikirim melalui sepupu yang duduk di Singapura...abang Udin namanya. Saya dengan Nolin bukan main jakun lagi bila tengok pasta machine ni digunakan. Selalunya mak beli mee kat van yang lalu depan rumah setiap pagi. Jadi bila tengok mee dibuat di depan mata rasa macam tak percaya...maklumlah budak-budak. Mak dengan kakak saya pun happy sama. Memang muai hasilnya. Untung orang yang buat bisnes ni.

Semenjak hari tu, mak dan kakak yang saya panggil Uteh selalu buat mee sendiri. Seperti biasa saya dan Nolin akan jadi pengacau. Sebaik saja mee siap direbus saya akan senduk ke pinggan dan curahkan kicap atau sos cili atas mee yang masih panas berasap tu. Saya dan Nolin akan gaul rata-rata dan makan dengan berselera sekali. Sedap tau! Sebenarnya sampai sekarang saya masih terbawa-bawa perangai lama tu...siap ajar anak-anak saya lagi...heheheh.

Ish...dah meleret-leret pulak intro saya ni. Jom la kita tengok macam mana nak buat mee ni.

Bahan-bahannya senang aje. Saya tak gunakan ubat mee atau pun kapur makan. Hanya semata-mata tepung gandum, air dan sedikit garam. Uli tepung dengan air sampai jadi doh yang kental macam dalam gambar. Seelok-eloknya biar keras sikit.

Bahagi-bahagikan doh kepada beberapa ketulan supaya senang nak dicanai.

Inilah dia pasta machine yang saya sebutkan tadi. Canai doh tadi gunakan mesin ni. Buat berulang-kali supaya doh menjadi lebih kenyal dan anjal.

Doh yang siap dicanai ikut ketebalan yang dikehendaki bolehlah dipotong menggunakan mesin ni. Tengoklah tu anak dara saya si Haifa dengan kakaknya Dina (yang cuma nampak tangan je tu) yang jadi sukarelawan untuk membantu mama diorang.

Inilah doh yang siap dipotong menjadi jaluran mee yang panjang.

Masukkan jaluran mee tadi ke dalam air mendidih yang diletakkan sedikit minyak supaya mee tidak melekat di antara satu sama lain. Mee boleh diangkat sebaik saja ia timbul di permukaan air. Jangan terlebih masak nanti tekstur mee kurang kenyal.

Inilah mee yang dah siap. Gaulkan dengan sedikit minyak.

Ini adalah masakan yang menggunakan mee buatan saya tu. Masa tu hanya bahan-bahan asas aje yang ada kat dapur time tu...ayam takde....udang ke sotong takde telur pun abis.....uwaaaa.....so redah jelah....inilah hasilnya......tadaaaaa.......MEE KICAP SEMPOI.
Menu ni memang sempoi habis tapi sedap you...mee yang kita buat sendiri ni lebih kenyal teksturnya tau dan yang penting tak ada bau kapur yang kuat sepertimana yang ada pada mee yang dijual di pasaran.....yang penting tiada was-was kerana terjamin halal.

Hidangan ni sangat mudah disediakan...my children's favourite. Cuma sediakan sos kicap istimewa tu je...pastu curah kat atas mee...tabur bawang goreng dan hiaslah ikut citarasa. Eee...makan panas-panas sedap ni.....kalau ada sup wantan lagi ngam.....tak sabarnyaaaa.....yummm.
He he...hias cantik-cantik pun akhirnya........mmm....yummy!

Hmmm......kenyangnya....alhamdulillah.....errr....mama, nak tambah lagi boleh ke??

















UDANG GALAH MASAK HIJAU DAUN PUDINA

Nampaknya posting saya kali ni masih lagi berkisar tentang makanan.....dah jadi macam blog masakan la pulak.....jangan marah eh? Sebenarnya saya bukannya terror sangat bab masak-memasak ni...saya main campak-campak dan agak-agak aje ikut kepala saya sendiri.

Haa...inilah dia hasil kerajinan tangan saya di dapur (yang sebenarnya tak berapa nak konsisten tahap kerajinannya tu...huhu). Masakan ni saya namakan Udang Galah Masak Hijau Daun Pudina.....straight forward je namanya.

Udang galah ni dibeli En. Suami kat Pasar Kampung Pandan...saya tanya nak masak apa? Balas En. Suami, masaklah apa-apa asalkan sedap! Saya pun belasah je ikut apa yang ada kat dalam peti ais tu. Kebetulan daun pudina yang selalu saya masukkan dalam teh 'o' panas kegemaran En. Suami masih ada. Hmmm.....bolehlah dijodohkan dengan si udang galah ni.

Udang galah tu saya goreng sekejap dalam minyak panas sampai bertukar warna. Kemudian saya tumiskan bahan-bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, sedikit halia, serai dan cili api yang masih hijau sampai garing dan naik bau. Masukkan jugak cili api hijau sebiji-sebiji (ini khas untuk En. Suami). Lepas tu saya masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit. Tambahkan sedikit air dan asam keping. Bubuh santan pekat dan bubuh garam dan gula ikut selera masing-masing. Nak tambah sos tiram pun boleh. Lepas tu masukkan udang yang dah digoreng...akhir sekali masukkan daun pudina...kacau rata. SIAP!

Maaflah...sukatan bahan tu agak-agaklah sendiri ya. Maklumlah saya ni bukan tukang masak profesional macam Chef Wan tu.

Untuk anda yang tak dapat nak merasa tu bolehlah dekatkan lubang hidung masing-masing kat gambar udang di atas ni.....ambik bau aje.....hmmm...wangi tak?.....heheheh.....jangan marah nanti kena jual.

Wah.....tersenyum En. Suami bila terpandang kat hidangan udang galah yang menyala-nyala warnanya ni...sampai meleleh air liur...heheheh (gurau je bang!) Memang sedap dinikmati bersama nasi panas...makan pun bertambah-tambah.

Saya rasa la...pengantin pun tak akan control cun/macho lagi kalau hidangan ni ada kat atas meja Makan Berdamai diorang.

Apa lagi.......tak teringin ke nak mencuba?




















Tuesday, May 19, 2009

MEMORI PIZZA EKSPRES

Saya masak pizza ni di atas permintaan anak sulung saya si Hadi untuk jamuan akhir tahun masa dia di tahun 4 dulu. Untuk pengetahuan semua, setiap tahun si Hadi akan buat request awal-awal berkenaan makanan yang akan dia bawa untuk jamuan hujung tahun. Macam tahun lepas...dia bawa spaghetti bolognaise yang saya masak dan roti john resipi abah dia. Kiri kanan tangannya menjinjing makanan...nak tergelak pun ada tengok gelagat dia...pasal makan memang terror...masuk bab belajar bukan main liat lagi.

Oklah...kita cerita balik pasal pizza kat atas ni. Memandangkan saya dah bersetuju dengan permintaan anak bujang saya yang agak demanding ni maka terpaksalah saya memikirkan cara nak memudahkan kerja saya masa tu. Maklumlah kan saya ni bekerja. Akhirnya saya dapat idea! Untuk menjimatkan masa dan tenaga saya gunakan roti pita yang bersepah kat pasaraya tu aje. Cuma topping pizza tu saya masak sendiri.

Apalagi lepas balik kerja bermulalah operasi Italian Kitchen saya...cewahh! Saya pun masak sos pizza daripada tomato segar + tomato dalam tin + puri tomato dan daging kisar + cendawan butang yang aromanya....mmmmm....harum dengan wangian herba campuran Itali tu. Selepas sos siap dimasak saya pun letaklah sos atas roti pita dengan pilihan topping seperti sosej, nenas, capsicum dan semestinya keju mozzarella. Lepas tu saya masukkan sos cili dan mayonnaise dalam beg plastik kecil yang saya gunting sikit bucunya...saya paipkan atas pizza berselang-seli jadi macam corak lattice. Anak-anak sangat enjoy masa tu.

Kemudian saya bakar pizza tu di dalam convection oven kesayangan saya dan suami. Hasilnya begitu cepat dan rasanya memang meletops! Gembira bukan kepalang si Hadi. Esoknya satu bekas besar dia bawa ke sekolah untuk jamuan dan habis sekelip mata kesemua pizza ekspres tu...diserbu kawan-kawan sampai cikgu pun tak sempat merasa. Lepas ni tak tau apa pulak request si Hadi untuk jamuan hujung tahun ni.

Anak-anak saya pulak memang pandai membodek. Kalau masakan saya menepati selera diorang maka akan kedengaranlah ungkapan-ungkapan seperti "You're the best mother in the world...I love you mama" atau pun "Masakan mama adalah yang paling best!".....memang sedap bunyinya tapi kalau degil tak dengar kata...memang siap kena libas dengan saya.

Insyaallah...kalau berkesempatan saya akan tunjukkan cara-cara buat pizza ekspres ni ya.

Monday, May 18, 2009

"MISS DUMPLING".....Part 2

Mama : Kelim betul-betul Dina...kang tak cantik Cik Dumpling kita nanti.

Dina : Ish...susahnya...mama ajelah yang buat...Dina tolong tengok aje ek?

Mama : Ewah...ewah, tau makan aje eh...tolong tak nak!

Dina : Tau takpe...keh keh keh

Tadaaaa.......inilah hasilnya. Baru satu....ish yang lain tengah tunggu giliran tu....mak aih...berpeluh dibuatnya...huhuhu

Cik Dumpling tengah beratur nak meluruskan barisan.....comel la pulak Cik Dumpling kita ni kan?

Ingatkan kat baju je ada lisu lipatan (pleats)...rupa-rupanya Cik Dumpling ni pun tumpang semangkuk rupanya. Mmm....seronok jugak mengelim kulit dumpling ni walaupun berpeluh ketiak nak menghabiskannya...hihihi

Ouch! Cik Dumpling yang comel dah kena campak ke dalam air panas mendidih...letak minyak sikit kat dalam air tu...tak nak bagi melekat......bila Cik Dumpling dah mula timbul maknanya dah masak la tu.

Haaa.....inilah rupanya cik dumpling kita yang dah masak.
Inilah dia respons anak-anak saya tiap kali saya masak dumpling.....
Hadi : Yeaaaa......it's my favourite!....nak makan!...nak makan!
Dina : Tak sabar nak makan....saya nak guna chopstick.....nyumm...nyumm...hehehe
Haifa : Ishh...sabarlah abang Hadi...Kak Dina, bacalah doa makan dulu.
Mama & abah : Betul..betul..betul!

Inilah salah satu daripada makanan kegemaran famili saya. Dumpling ni sedap dimakan dengan sos kicap pedas + bawang putih goreng ......seronok dikunyah sebab kulitnya lembut dan kenyal....intinya pulak very juicy dan wangi dengan aroma daun sup.

Sos kicap ni memang serasi dengan Cik Dumpling kita. Masa saya tengok satu program kat AFC astro tu...diorang kat China cicah dumpling ni dengan cuka hitam serta kicap...sambil tu diorang makan sekali bawang putih mentah sebiji-biji buat macam ulam.

Saya ada dua versi sos yang boleh dicicah dengan dumpling ni : sos cili dengan bijan dan sos kicap pedas bercuka...tapi hari ni saya nak cerita pasal sos kicap pedas bercuka aje.....bahan-bahannya pun senang : kicap, minyak lada, madu, cuka dan bawang putih goreng (dadu kecil-kecil).

Sebenarnya tak semua orang kita pandai makan dumpling ni sebab ianya menu masakan Cina.....tapi sesiapa yang tekaknya boleh belasah apa saja macam saya dan keluarga, bolehlah masukkan dumpling ke dalam senarai menu anda......selamat mencuba...ENJOY!





















Sunday, May 17, 2009

"MISS DUMPLING".....Part 1


Chinese : JIAOZI

Japanese : GYOZA

Korean : MANDU

English : CHINESE DUMPLING

Malay : ....??? Apa-apa ajelah.....hehe.....

Pernah tengok tak makanan ni? Famili saya sangat menggemarinya. Bagi yang kurang menggemari makanan bergoreng, bolehlah mencubanya kerana dumpling ni direbus je. Ujikaji dumpling saya yang pertama dibuat selepas saya menonton sebuah rancangan di AFC Astro. Dalam rancangan tu seorang pelancong Jepun yang melancong ke China telah ditunjukkan cara-cara membuat makanan ni oleh seorang wanita tempatan. Seperti mudah disediakan dan nampak menyelerakan la pulak...maklumlah perut tengah lapar.

Sebaik saja rancangan tu habis saya terus je masak dumpling tu. Kebetulan pula semua bahan yang diperlukan ada di depan mata. Saya pulak bukan jenis yang rajin mencatat resipi...semuannya saya rakam secara visual kat otak saya ni...selebihnya saya ikut firasat dan naluri je...hihi. Akhirnya menjadi juga dumpling saya walaupun rupanya tak berapa nak cantik sangat...masa ni belum mahir nak mengelim kulit dumpling tu, ia agak berbeza dengan mengelim kulit karipap tau. Sekarang ni saya dah cekap buat kerja ni selepas puas saya skodeng kat youtube cara-cara mengelim kulit dumpling.

Jeng...jeng...jeng...masa untuk merasa! Tak sangka la memang sedap rasanya...anak-anak saya pun suka sangat sampai menjilat jari gitu. Tambah-tambah lagi bila dicicah dengan sos yang saya modified sikit...memang meleleh air liur.

Ini dia isi dumpling yang telah siap disediakan. Bahan-bahannya ringkas dan mudah didapati. Gaulkan kesemua bahan...tak payah nak tumis macam inti karipap tu. Bahannya ialah daging lembu kisar, daun saderi aka daun sup, lada hitam, kicap cair, sos tiram, *minyak lada, bawang putih goreng, garam dan gula ikut rasa...jangan masin sangat nanti nak cicah sos kicap. Nak bubuh inti ayam ke, udang ke, ikan ke suka hati......belasah je janji boleh makan, sedap dan yang penting halal.

*Untuk buat minyak lada tu pun senang je. Panaskan minyak pastu masukkan serbuk lada kering jenis kasar (jangan sampai hangus...kacau-kacau sekejap dan tutup api). Serbuk lada tu saya selalu beli di Tesco.

DUMPLING SKIN....Adunan tepung untuk membuat kulit dumpling ni pun cuma perlukan 3 perkara je iaitu tepung gandum, air dan sedikit garam. Ulilah macam nak buat karipap tu. Adunan mesti keras sikit sebab bila direhatkan kejap ia akan jadi lembut sikit dan mudah nak dicanai. Adunan yang siap diuli dibulat-bulatkan jadi bebola kecil...lepas ni senang nak canai...lenguh tangan ni wei nak menguli tepung tu...

* Kalau dah tak de keje sangat tu...boleh la kira berapa biji bebola tepung tu ya...hehe

Bebola tepung dah dileperkan.....sedia untuk dicanai. Kalau nak cepat guna mesin pasta tapi I like the old fashioned way of doing it.

Anak dara saya Irdina tengah bubuh inti...gunakan chopstick, lebih mudah dan cepat...jangan banyak sangat...yang sedang-sedang aje...

Dina : Mama....dah siap, lepas ni nak buat apa?

Mama : Sapu air kat tepi kulit dumpling tu guna chopstik...faham?
Dina : Ok mama.











































































































































Saturday, May 16, 2009

MY CLAYPOT CHICKEN RICE

Gandingan yang mantop!...nasi ayam claypot + sup kubis dengan bebola ikan + cili merah, cili api dengan kicap cair Maggi...inilah hidangan makan tengahari yang sihat lagi mengenyangkan.....tengoklah betapa berserinya cili merah dengan cili api tu.....pedasnya pun boleh tahan menggigit-gigit lidah...

MY CLAYPOT CHICKEN RICE...Menu ni selalu ada kat food court pusat beli-belah. Dulu saya selalu makan nasi ni kat Food Court Bangsar Shopping Centre dengan En. Husband. Masa tu saya suka sangat perhatikan tukang masak tu menyediakan nasi ayam ni. Dia ni memang sangat cekap dan mahir. Boleh masak dekat satu dozen nasi ayam claypot ni dalam satu-satu masa. Saya dan En. Husband memang suka dengan nasi yang disediakan terutamanya bahagian kerak nasi ni yang garing.

Dah jadi tabiat saya suka buat ujikaji kat dapur rumah saya. Nasi ayam ni pun dah melalui proses tu semua. Happy sangat bila ujikaji saya menjadi...suami dan anak-anak pun teruja sebab dapat makan yang sedap-sedap...perasan la pulak.

Sepatutnya nasi ayam ni dimasak di dalam periuk tanah (claypot)...baru la real! Oleh kerana claypot yang saya sayang tu dah pecah...maka terpaksalah guna periuk nasi yang dalam rice cooker tu...pastu tenggek atas dapur. Nasi tu ditanak macam biasa...bila airnya dah hampir nak kering barulah dimasukkan potongan ayam yang telah diperap...masukkan jugak ikan tenggiri jeruk yang dipotong kecil-kecil.....tutup periuk rapat-rapat dan tanak nasi sampai masak guna api yang kecil...

Ayam tu pulak dipotong sedang-sedang dan diperap sekali dengan cendawan shitake bersama bawang putih, halia, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan dan lada hitam lebih kurang 15 minit. Lebih lama diperap lagi bagus. Saya suka guna kicap pekat dan sos tiram Maggi. Kicap pekat ni akan bagi warna yang lebih menarik pada nasi ayam ni. Malangnya tak jumpa pulak kicap tu kat kedai...selalunya ada...jadi saya ganti dengan kicap pekat jenama Mahsuri.....kicap ni tak sepekat kicap Maggi tu tapi boleh la layan....

Hmmm...berasap dan beraroma... Nampaknya daging ayam dah nak masak...tutup periuk balik .....biar tanak betul-betul nasi tu, kalau tidak meragam la perut karang.

Haa.....nasi dah tanak, ayam dah masak.....baunya pun.....mmmm....harum meleleh air liur. Apa tunggu lagi, perut dah berkeroncong ni.
Waah.....inilah rupanya Claypot Chicken Rice saya yang dah siap dimasak. Jangan lupa tabur daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan...sedia untuk dimakan...yummm

Amacam...menggoda tak nasi ayam ni? Yang menarik tentang masakan ni ialah ikan tenggiri masin yang dibubuh kat dalam nasi tu bagi special aroma yang sangat menggugat selera tau!...kalau tak bubuh tak ngam la rasa dia...haa...nak sedap lagi jangan lupa gunakan beras wangi. Jadi apa tunggu lagi? Jemput makan...

HELLO! MR.CRAB.

Menunaikan hajat anak-anak yang suka makan ketam...singgah pasar malam hari Rabu di IKM Kg. Pandan beli ketam....jadi inilah hasilnya....Ketam masak cili bermadu. RM 19 untuk 3 ekor ketam...huhuhu...anak punya pasal takpelah..

hmm...nampak tak cili api kat tepi pinggan ni?...haa...itulah pembangkit selera yang mesti ada!

...jom kita makan Mr. Crab.....nyumm

Si Haifa ni suka makan ketam macam kakak Dina dia.....tapi yang susahnya mama diorang ni la, kena tolong keluarkan isinya la pulak, pastu suapkan ke mulut.....walaupun kadang2... isi ketam lebih banyak masuk ke mulut si mamanyer...hihihi























BEFORE AND AFTER

sebelum.....
Cantikkan tekstur kentang yang telah diparut kat gambar ni. Macam lace pulakkan? Kentang ni saya parut menggunakan alat yang saya beli kat pasar malam IKM Kampung Pandan. Murah je...biasa la barang buatan Cina tapi boleh la tahan. Masa tengok abang yang jual tu buat demo macam senang je...laju pulak tu. Termakan jugak saya dengan promosi dia tu...lebih-lebih lagi anak dara saya yang dua orang tu pun bukan main lagi menggoda saya supaya beli benda alah tu.
Tapi yang tragisnya masa saya memarut kentang tu, tangan saya pun terparut sekali dengan kentang-kentang tu. Adusss...sakitnya, darah banyak keluar weii. Cepat-cepat la saya cari plaster. Isshh...bahaya jugak la benda ni. Hmmm...terlupa pulak saya nak ambil gambar benda alah tu. Lain kali saya kena berhati-hati bila guna benda ni la.....takut-takut nanti suami saya jadi Raja Bersiong kang! Haaa...siapa nak jawab tu?
Mmmm.....kentang tadi dah kena goreng celup tepung. Tengok gambar kat bawah ni. Saya main belasah je. Tepung untuk salut kentang tu saya campur dengan serbuk kari, lada hitam, sedikit garam, sedikit minyak dan air. Inilah hasilnya.....yumm...yummm

.....selepas.


Friday, May 15, 2009

NAIVE

WAY TO THE PLAYGROUND by Irdina Fitri Tazidi

PONDOK-PONDOK by : Irdina Fitri Tazidi

SIBLINGS by Irdina Fitri Tazidi

HADI, DINA & HAIFA

Mereka adalah tiga orang kanak-kanak yang sangat aktif, nakal, kelakar, manja dan banyak lagi ragamnya yang tak terkata. Mereka jugalah yang membuatkan saya menangis, marah, ketawa dan gembira. Cerminan diri mereka yang naive adalah tak ubah seperti lukisan-lukisan di atas...begitu jujur di dalam ekspresi emosi yang dijelmakan melalui tindakan-tindakan luar jangka, hasil kreativiti seorang kanak-kanak yang sentiasa inginkan perhatian dan belaian.Tanpa mereka hidup saya dan suami sunyi dan tidak ceria.

Hadi Taftazani adalah anak sulung saya yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ni. Irdina Fitri anak ke-dua yang berumur 10 tahun dan dia yang membuat lukisan di atas menggunakan Windows Paint. Yang bongsu buat masa ni ialah Haifa Hannani, 6 tahun.

Saya mengharapkan mereka akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga mereka mendapat keberkatan dan perlindungan daripada Allah SWT...aamin.






























WELCOME TO THE WORLD OF BLOGGING!

I am welcoming myself to the world of blogging!...muaahaha

Mungkin saya ni dah ketinggalan tapi tak mengapa...better late than never omputih kata. Saya sebenarnya buat-buat pandai je memblog ni. Entah betul entah tidak, main tibai je. Situasi saya sekarang ni macam pantun kat bawah ni....

"buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan"
.....hehehe

Saya memang mengimpikan untuk mempunyai blog sendiri sejak sekian lama. Blog-blog yang sering saya layari di dunia maya ni telah memberikan saya inspirasi untuk menghasilkan blog sendiri. Namun oleh kerana saya ni boleh dikategorikan sebagai orang yang cetek ilmu IT maka hasrat saya terpendam begitu saja. Walau macam manapun saya tetap tak berputus asa dan inilah hasil godeh menggodeh saya kat BLOGGER.

Saya fikir blog merupakan satu medium yang sangat berguna untuk perkongsian idea jika dikendalikan dengan betul dan beretika. Tak kiralah dalam bidang apa sekali pun seperti agama, politik, hiburan, seni dan sebagainya. Oleh itu saya tak mahu menghadkan entry blog saya ni hanya pada satu-satu isu tertentu sahaja. Tak kisahlah kalau dikatakan rojak ke pasembor ke asalkan saya gembira dengannya.

Jadi terimalah blog saya yang tersangat basic ni seadanya. Saya sangat-sangat mengalu-alukan sebarang idea yang berguna untuk memantapkan blog saya ni. Terima kasih kerana sudi membaca.