MY CLAYPOT CHICKEN RICE...Menu ni selalu ada kat food court pusat beli-belah. Dulu saya selalu makan nasi ni kat Food Court Bangsar Shopping Centre dengan En. Husband. Masa tu saya suka sangat perhatikan tukang masak tu menyediakan nasi ayam ni. Dia ni memang sangat cekap dan mahir. Boleh masak dekat satu dozen nasi ayam claypot ni dalam satu-satu masa. Saya dan En. Husband memang suka dengan nasi yang disediakan terutamanya bahagian kerak nasi ni yang garing.
Dah jadi tabiat saya suka buat ujikaji kat dapur rumah saya. Nasi ayam ni pun dah melalui proses tu semua. Happy sangat bila ujikaji saya menjadi...suami dan anak-anak pun teruja sebab dapat makan yang sedap-sedap...perasan la pulak.
Sepatutnya nasi ayam ni dimasak di dalam periuk tanah (claypot)...baru la real! Oleh kerana claypot yang saya sayang tu dah pecah...maka terpaksalah guna periuk nasi yang dalam rice cooker tu...pastu tenggek atas dapur. Nasi tu ditanak macam biasa...bila airnya dah hampir nak kering barulah dimasukkan potongan ayam yang telah diperap...masukkan jugak ikan tenggiri jeruk yang dipotong kecil-kecil.....tutup periuk rapat-rapat dan tanak nasi sampai masak guna api yang kecil...
Ayam tu pulak dipotong sedang-sedang dan diperap sekali dengan cendawan shitake bersama bawang putih, halia, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan dan lada hitam lebih kurang 15 minit. Lebih lama diperap lagi bagus. Saya suka guna kicap pekat dan sos tiram Maggi. Kicap pekat ni akan bagi warna yang lebih menarik pada nasi ayam ni. Malangnya tak jumpa pulak kicap tu kat kedai...selalunya ada...jadi saya ganti dengan kicap pekat jenama Mahsuri.....kicap ni tak sepekat kicap Maggi tu tapi boleh la layan....
Hmmm...berasap dan beraroma... Nampaknya daging ayam dah nak masak...tutup periuk balik .....biar tanak betul-betul nasi tu, kalau tidak meragam la perut karang.
No comments:
Post a Comment