Friday, May 15, 2009

WELCOME TO THE WORLD OF BLOGGING!

I am welcoming myself to the world of blogging!...muaahaha

Mungkin saya ni dah ketinggalan tapi tak mengapa...better late than never omputih kata. Saya sebenarnya buat-buat pandai je memblog ni. Entah betul entah tidak, main tibai je. Situasi saya sekarang ni macam pantun kat bawah ni....

"buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan"
.....hehehe

Saya memang mengimpikan untuk mempunyai blog sendiri sejak sekian lama. Blog-blog yang sering saya layari di dunia maya ni telah memberikan saya inspirasi untuk menghasilkan blog sendiri. Namun oleh kerana saya ni boleh dikategorikan sebagai orang yang cetek ilmu IT maka hasrat saya terpendam begitu saja. Walau macam manapun saya tetap tak berputus asa dan inilah hasil godeh menggodeh saya kat BLOGGER.

Saya fikir blog merupakan satu medium yang sangat berguna untuk perkongsian idea jika dikendalikan dengan betul dan beretika. Tak kiralah dalam bidang apa sekali pun seperti agama, politik, hiburan, seni dan sebagainya. Oleh itu saya tak mahu menghadkan entry blog saya ni hanya pada satu-satu isu tertentu sahaja. Tak kisahlah kalau dikatakan rojak ke pasembor ke asalkan saya gembira dengannya.

Jadi terimalah blog saya yang tersangat basic ni seadanya. Saya sangat-sangat mengalu-alukan sebarang idea yang berguna untuk memantapkan blog saya ni. Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments: