Wednesday, June 10, 2009

Saturday, June 6, 2009

TAKOYAKI.....my style! (Part 3)


Hai.....ini merupakan episod terakhir 'Takoyaki...my style' saya. Gambar kat atas ni adalah sotong kering dan rumpai laut. Bahan-bahan ni yang akan menjadi pelengkap kepada Takoyaki saya tu selain daripada sos dan mayonnaise. Kalau original Takoyaki menggunakan Bonito flakes, saya pula gantikan dengan sotong kering tu. Sotong tu saya salai sekejap kat api dan koyak jadi cebisan kecil dan saya tumbuk sekejap. Bukannya apa, saya tak tau mana nak dapat Bonito flakes tu. Walau macamana pun aroma sotong kering salai tu lebih kurang aje dengan Bonito flakes...wangi dan menyelerakan.

Takoyaki yang dah siap dimasak saya letakkan di atas piring kecil. Kemudian saya siram sos yang saya sediakan sendiri. Sekali lagi ini adalah sos syok sendiri saya...bukan macam yang dijual di gerai Tako Tao tu...jangan marah eh? Saya cuma tumis bawang putih cincang...pastu masukkan sos tiram dan tambah air...masak sampai pekat.

Kalau boleh siramkan sos pada setiap Takoyaki tu supaya rasanya menjadi lebih mesra lagi...tapi jangan terlebih pulak eh.

Kemudian taburkan cebisan sotong kering salai dan rumpai laut yang telah digunting halus di atas Takoyaki tu. Jangan lupa paipkan mayonnaise di atasnya. Bertambah lemaklah rasanya.

Hmmmm.....inilah rupanya hidangan Takoyaki stail saya. Sedia untuk dinikmati.

Bagi sesiapa yang tak suka pedas, memang sesuai sangatlah makan Takoyaki ni. Rasanya yang lemak-lemak masin dan sedikit manis ditambah dengan aroma sotong kering salai, rumpai laut dan sos tiram tu memang kaya dengan rasa laut yang segar. Percayalah cakap saya, sotong kering salai tu sangat sesuai sebagai ganti kepada Bonito flakes.

Masa untuk menikmati Takoyaki mama! Si Hadi ni memang suka sangat dengan makanan ni.

So.....takkan nak tengok aje? Pegilah buat Takoyaki tu...hehehe..nyumm...nyumm...nyumm. Lepas ni nak makan dengan Doraemon dan Nobita la pulak...mesti Giant jelous gila ni!

Friday, June 5, 2009

TAKOYAKI.....my style! (Part 2)


Nak buat apalah pulak dengan acuan kuih cara ni ek? Haaa...kalau nak tau saya gunakan acuan ni aje untuk Takoyaki saya. Hmm...nak buat macam mana kan...acuan Takoyaki yang asli tu tak tau nak dapatkan kat mana...jadi saya gunakan ajelah acuan ni. Lidi sate tu pulak digunakan untuk membalik-balikkan Takoyaki tu nanti.


Pastikan acuan tu dipanaskan terlebih dahulu dan sapukan sedikit minyak sebelum adunan tepung dituang ke dalam acuan.

Tips yang perlu diketahui.....pastikan adunan tepung dituang sampai melimpah macam kat dalam gambar ni supaya senang kita nak bentukkan nanti. Jangan lupa letak sotong atau apa saja inti pilihan anda.

Masa ni la lidi sate tu sangat2 diperlukan. Bila adunan dah separuh masak, cepat2 diterbalikkan sambil lebihan tepung yang melimpah tu dikemaskan dengan teliti menggunakan lidi tersebut. Part ni yang saya paling enjoy sekali.



Mmm.....inilah rupanya Takoyaki yang telah dibentuk. Seronok sangat buat kerja ni tau. Mula-mula memang la lambat dan kekok tapi sekarang ni dah laju sikit.

Teruskan memasak Takoyaki ni sampai garing bahagian luarnya macam dalam gambar kat bawah ni.

Amacam? Nampak senang tak nak buat part ni? Lepas ni kita tengok bagaimana Takoyaki ni dihidangkan ok? Sila tunggu posting seterusnya.











Wednesday, June 3, 2009

TAKOYAKI.....my style! (Part 1)

Inilah dia Takoyaki yang saya masak malam ni.....istimewa untuk suami dan anak-anak. Seperti mana pada posting lepas saya telah upload video youtube yang menunjukkan bagaimana ianya disediakan mengikut stail Jepun. So...kali ni saya nak tunjukkan bagaimana makanan ni dimasak di dapur Melayu+Jawa saya ni...hehehe...Jadi, kepada orang-orang Jepun yang pandai berbahasa Melayu yang terbaca posting ni (heee...manalah tau kan?) tolonglah jangan marah saya ya...sebabnya saya memandai-mandai mengubahsuai resipinya yang asli tu. Maklumlah kan bukan semua bahan-bahan yang diperlukan tu boleh didapati dengan mudah kat sini. Kalau ada pun gerenti mahal.


Bahan-bahan untuk batter Takoyaki: Secara tepatnya saya tak tau tepung apa yang digunakan sebenarnya. Kebanyakan yang saya search kat internet tu semuanya dinyatakan Takoyaki flour aje...campuran tepung tu tak tau apa ke bendanya...so, as usual saya pun gunakanlah daya firasat saya ni...hihi. Jadi saya pun tibai aje la tepung jagung + tepung gandum untuk adunan Takoyaki ni.
Buat sementara ni.......layan dululah gambar-gambar kat bawah ni ya. Ada masa nanti saya sambung balik story saya eh.

Heee...sambung balik story eh. Haaa... Inilah rupanya tepung yang dah siap dibancuh. Saya gunakan lebih kurang 2 cawan tepung jagung + 1/2 cawan tepung gandum, 3 biji telur, sedikit garam dan air. Bancuhannya perlu cair sikit...so pandai-pandailah adjust ya. Kalau tercair sangat tu tambahlah tepung sikit dan begitulah sebaliknya. Lepas tu masukkan 2 sudu besar minyak masak. Biasanya orang Jepun masukkan sup dashi dalam bancuhan ni. Biasanya diorang gunakan stok rumpai laut dan bonito flakes yang dipanggil sup Dashi (ini fundamental dalam Japanese cooking) untuk mencairkan bancuhan tepung tu. Oleh kerana benda alah ni tak ada...tak payah le pening2 kepala...bancuh aje dengan air biasa...cuma tak dapat la the authentic flavour tu...ala perkara kecik aje.....heee
Kali ni saya masukkan kubis cincang je. Sebenarnya boleh tambah daun bawang, cendawan dan sebagainya. Masukkan agak-agak 1 setengah cawan kubis tu...jangan terlebih pulak...biar berpadanan dengan bancuhan tepung tu.


Selalunya orang Jepun bubuh Octopus...sebab tu dipanggil Takoyaki atau Octopus Ball. Saya gantikan menatang tu dengan squid aje...tak menjadi masalah...lagi pun dari spesies yang sama jugak kan? In fact...nak bubuh udang atau ayam pun boleh.Ikutlah kreativiti masing=masing. Oh! Ya...jangan lupa rebus sekejap sotong tu (jangan bubuh air).

Ini pulak bahan-bahan yang saya gunakan untuk sos yang akan dimakan bersama Takoyaki tu nanti. Ini bukan sos original yang biasa orang Jepun gunakan tau...bab ni saya memandai-mandai je...so saya nak mintak maaf la pada Oshin, Kaoru, Rin Hanekoma, Chiaki dan jugak geng-geng Ultraman Seven, Ultraman Gaya serta yang lain-lain tu ya...hait. Saya tumiskan bawang putih cincang sampai garing dan wangi kemudian masukkan sos tiram. Masukkan air dan masak sampai pekat. Kalau malas...beli aje wocesteshire sauce tu.
Cerita seterusnya kita sambung pada posting akan datang. Tungguuuu...