Monday, July 6, 2009

SARAPAN RINGKAS

Salam semua! Kebelakangan ni saya agak sibuk...di ofis dan juga di rumah. Hari ni cukup seminggu mak saya balik semula ke Paloh. Agak berat nak lepaskan mak balik tapi apa nak buat...anak-anak saya pun macam tu jugak. Hmm...takpelah, lagi pun kesian kat mak yang asyik dok teringat kat pokok lada yang dia baru tanam tu. Achik sayang mak tau!

Oklah kita layan sarapan dulu ek. Ini menu sarapan yang simply sedap. Ringkas, lazat dan mudah disediakan. Roti bakar ni kegemaran saya. Sangat enak dinikmati bersama kopi panas...terlanggar pantang le jawabnya...uwaaa...saya tak boleh minum kopi la :(.

Teringat masa kecik-kecik dulu. Sebelum subuh lagi mak selalu bakar roti yang dah disapu marjerin yang ditabur gula pasir untuk sarapan. Kitorang bangun je dah terbau-bau keharuman roti bakar dengan aroma kopi panas dari dapur. Itulah antara sarapan ringkas mak dengan Uteh sebelum menoreh dan sarapan sebelum ke sekolah untuk saya, Kak Njang dan Abang Njang. Masa tu kitorang tinggal kat sebuah estet di Paloh yang dulunya diisytihar sebagai kawasan hitam masa zaman komunis dulu.

Kalau nak tau filem Paloh arahan Adman Salleh tu memang menceritakan tentang tempat saya dilahir dan dibesarkan. Cuma scene dalam filem tu dibuat kat Kuala Kangsar...kampung suami saya. Lagi satu, bapa pelakon Susan Lancaster pernah jadi majikan arwah abah saya. Masa tu Tuan Lancaster yang beristerikan seorang wanita Cina adalah merupakan pengurus ladang tempat mak dan arwah abah bekerja...biasalah zaman tu kan kebanyakan pengurus ladang semuanya berbangsa Inggeris...maklumlah kesan daripada penjajahan British. Masa tu saya pun tak wujud lagi kat dunia ni. Susan Lancaster pun masih kecik lagi. Agaknya dia pun dah tak ingat lagi suasana masa tu.

Masa sibuk-sibuk nak keluar filem tu, Majalah 3 pun ada buat liputan pasal pekan Paloh ni...tapi macam tak berapa nak terperinci ceritanya. Orang-orang yang ditemubual tu tak berapa nak kena la. Kalaulah arwah abah ada masa tu...bolehlah dia cerita perihal pekan Paloh masa zaman darurat menentang komunis dulu...sebab arwah abah ni dulu pernah jadi SC (Special Constable). Jadi memang le banyak pengalaman dia masa zaman tu.

Alamak! Ni kalau buat karangan SPM dah kira lari tajuk la jawabnya...soooriii.

Oklah...kita buat U-turn...kembali ke pangkal jalan. Sambung cerita roti bakar ni ya. Roti ni saya bakar dalam convection oven. Saya berpuashati dengan hasilnya. Seperti biasa roti disapu dengan mentega lepas tu terus disapu dengan susu pekat manis dengan sekata. Kemudian dimasukkan ke dalam oven...bakar ikut stail garing yang dikehendaki. Saya suka dengan rasa karamel susu pekat tu bercampur dengan mentega yang mencair...manis, lemak dan hmmm sungguh beraroma. Tapi awas jangan gopoh...tunggu suam sikit baru makan...kalau tidak melecur lidah dibuatnya! Jangan lupa baca bismillah.

Kepada orang-orang bujang yang sukakan sarapan ringkas dan mudah, bolehlah sediakan roti bakar susu ni ya. Sekali rasa nak lagi. Kalau jemu dengan susu pekat manis boleh jugak diganti dengan jem atau gula perang. Ikutlah selera masing-masing. Selamat bersarapan. :).

Wednesday, June 24, 2009

UDANG MASAK LEMAK DAUN KUNYIT

Saya ni bukannya jenis yang skema orangnya bila masuk bab masak-memasak ni. Stail saya main campak-campak dan agak-agak aje. Sebab tu bila kawan-kawan tanya resipi tertentu kat saya, agak susah saya nak menjawab dengan tepat. Saya pun susah hati jugak kalau-kalau resipi yang saya bagi tu tak menjadi...segan pun ada sebab saya bukannya pandai sangat. Nanti takut ada yang kata saya bagi resipi salah...dah jadi macam ajaran sesat la pulak. Sebab tu saya nak menyatakan di sini bahawa sekiranya ada resipi yang saya beri tu tak berapa tepat atau tak berapa detail...harap dimaafkan ya.
Sebab tu jika berkesempatan, saya akan ingat dan tulis balik bahan-bahan yang saya gunakan di dalam masakan yang saya hasilkan...macam kat dalam gambar di atas ni. Insyaallah, saya akan cuba mengamalkannya di masa-masa akan datang. Takut hangat-hangat tahi ayam je. Dulu masa saya gian buat cookies sempat jugak saya catatkan bahan-bahan yang saya guna. Malangnya semua catatan saya tu tak tau hilang ke mana.

Inilah rupanya udang masak lemak daun kunyit hasil air tangan saya. Maaflah dengan kualiti gambar yang tak berapa nak cun ni ek. Kepada sesiapa yang tak suka letak ketumbar dan jintan sepertimana yang ada dalam resipi kat atas tu tak payah la bubuh...ikut la selera masing-masing. Kalau nak rasa masam-masam sikit, masukkan asam keping barang sekeping dua...dalam masakan ni saya masukkan nenas yang dipotong-potong. Cara masaknya tak susah...gunakan kaedah orang malas...muahahaha
Semua bahan yang tercatat dalam resipi tu kecuali daun kunyit dimasukkan ke dalam periuk. Tenggek atas dapur sampai masak...Jangan lupa bubuh garam secukup rasa...last sekali masukkan daun kunyit yang dah dimayang halus...mmm...harumnya bau daun kunyit tu. BERES!



Apa lagi yang ditunggu? Perut dah lapar ni! Ambik la pinggan...senduk nasi...Haa! pegilah makan. Dah kenyang.....alhamdulillah. Lepas tu jangan lupa basuh pinggan!

Monday, June 22, 2009

MOUTHWATERING PICKLED WATERMELON

Kepada sesiapa yang gemarkan acar mentah macam jelatah tu bolehlah cuba resipi ni ek. Resipi ni unik sebab kulit tembikai yang biasanya kita buang digunakan di dalam hidangan pembuka selera ni. Harap-harap tiada lagi pembaziran yang akan berlaku selepas ini.

Sebenarnya, tembikai adalah buah yang agak versatile...bukan setakat boleh dimakan begitu sahaja...ianya jugak boleh dibuat salad, dimasak bening , dibuat jus malah orang Kelantan buat ulam cicah dengan budu...sedap pulak tu...cair air liur dibuatnya.

Masa belajar di UiTM dulu...ada sorang kawan mengajar saya makan tembikai cicah kicap. Saya pun merasa tersangatlah hairannya...buang tebiat ke apa kawan aku ni? ...tapi dalam pada bingung-bingung tu saya cuba jugak merasa...eh! sedap jugak rupanya...:)


Kali ni apa kata kita buat acar mentah daripada kulit tembikai. Hidangan pembuka selera ni sangat mudah disediakan. Kita cuma perlukan kulit tembikai yang telah dikupas bahagian kulit luar yang berwarna hijau tu. Pastu potonglah ikut suka...nak tebal ke nak nipis, ikutlah selera dan citarasa masing-masing. Kemudian bubuh garam, gula, cuka dan serbuk lada kering yang kasar tu...ala macam nak buah jelatah timun dan nenas tu la...yang penting rasa masin, masam dan manis tu mestilah diseimbangkan dengan baik...barulah dapat rasa yang menyelerakan dan menyegarkan! Ikut resipi asal, acar ni dicampur dengan sambal olek yang berasal dari Indonesia...ala lebih kurang macam sambal belacan. Anda boleh klik Lily's Wai Sek Hong: Pickled Watermelon untuk versi yang dicampur dengan sambal olek tu. ENJOY!

Wednesday, June 17, 2009

LAUK MAK

Tiap kali mak datang ke rumah saya dia akan mengalami pertembungan selera makan yang sangat besar jurangnya dengan kami sekeluarga. Maklumlah, mak sejak dulu lagi tak makan ayam, daging dan apa saja yang sewaktu dengannya...begitu juga dengan sesetengah jenis ikan. Walau bagaimanapun makanan laut yang lain macam sotong, udang, ketam, remis, kupang dan seangkatan dengannya memang menjadi kegemaran mak.

Yang kelakarnya mak tak makan ayam tapi dia kuat pulak makan telur ayam...heheheh. Berbeza pulak dengan arwah abah yang selera makannya sangat kontras dengan mak. Begitu juga saya anak-beranak...tekak kami ni tolak batu dengan kayu je...yang penting sedap dan halal...heee. Secara keseluruhannya mak memang tak berapa open bila masuk bab makan ni. Kita tawar segunung intan pun takkan boleh nak pujuk mak jamah makanan yang mengandungi ayam dan daging.

Pepatah lama ada menyebut...ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Hmm...kuah tu dah tertumpah kat dua orang kakak saya Ngah dan Kak Njang...tapi belum mencapai tahap diva macam mak le...heee. Diorang masih boleh merasa sedikit masakan yang mengandungi daging dan ayam...itu pun kuahnya aje.

"Adik, mintak mee goreng satu...jangan letak ayam ke daging ek...sotong ngan udang tak pe...pastu jangan bubuh sos tiram tau!"...ini dialog biasa kalau kitorang bawak mak makan kat luar. Bila mee goreng siap dihidang lain pulak ceritanya...diselak-selak...dikuis-kuis mee goreng tu. Yalah, takut-takut tersesat barang seketul dua 'makhluk asing' yang menjadi musuh ketat mak. Agak-agak line clear je...barulah mak makan tapi kadang-kadang tu tekak mak boleh reject dengan tiba-tiba apa yang dia makan masa tu akibat rasa ragu yang masih bersisa lagi...takut-takut guna minyak recycle goreng ayam untuk menumis perencah mee goreng...pulak?...kwang...kwang...kwang! Haa...penyudahnya mak melanguk je tengok kitorang makan...mungkin pelik bagi sesetengah orang tapi bagi mak alah bisa tegal biasa.

Sebenarnya saya nak cerita pasal lauk ikan bilis masak kicap ni tapi mata dah mengantuk sangat la. Sambung esok ajelah. Tunggu tau.......zzzzzzzzzz

************************************************
Hai! Kita sambung balik cerita ek. Sori la...lately I was quite busy...tak sempat nak sambung entry ni. Ok la...kita sambung kisah Lauk Mak ni ek. Mak saya ni memang payah sikit bila masuk bab makan lebih-lebih lagi dalam keadaan umur dia yang dah mencecah 73 tahun...makan pun dah tak banyak macam dulu. Oleh sebab tu saya masakkan lauk ikan bilis masak kicap ni untuk mak.

Biasa makan tak lauk ni? Masakan ni tersangat le simple tapi sedap. Teringat masa kecik-kecik dulu, mak selalu masak lauk ni untuk buat bekal menoreh. Saya dan adik (Nolin) selalu ikut mak gi kebun getah (bukannya menolong, menyibuk dan menyusahkan ada la...heheheh). biasanya kitorang le yang akan menikmati bekalan tu mengalahkan orang yang penat bekerja. Yang bestnya, lauk terasa lazat sangat walaupun dah sejuk...lebih-lebih lagi dinikmati di bawah pokok-pokok getah yang sedang mengeluarkana hasilnya walaupun dalam masa yang sama tangan sibuk menepis-nepis nyamuk yang tengah kebulurkan darah manusia tu...huhuhu. Lagi pun kebun getah ni ada bau alam yang kuat...bau daun getah...bau bunga getah...bau kulit pokok getah...bau cendawan kukur, cendawan busut...bau tanah, ranting, daun-daun kering daaaan.....bau getah buku dan getah sekerap yang...sendiri mau ingatlah!...tutup hidung, lariii...muahahaha.

Jadi bila semua bau tu bercampur dengan aroma dari bekal yang sedang dinikmati maka terbangkitlah selera dan melelehlah air liur si Penoreh & Co yang tengah lapar tu. Nostalgia betul la...yang pasti zaman tu takkan kembali lagi. Sandarkan pada kenangan ajelah.

Berbalik kepada lauk mak ni, saya gunakan 4 biji bawang besar yang dihiris(saya memang suka bawang). Ikan bilis saya tak suka letak banyak...saya goreng garing ikan bilis tu dulu. Saya ni suka pedas jadi saya masukkan cili api potong. Mula-mula saya tumiskan 3 biji bawang putih sebelum memasukkan bawang yang dihiris dan cili api. Tumis sampai bawang layu. Lepas tu masukkan kicap...suka hati la nak masuk banyak mana. Lastly masukkan ikan bilis goreng. Saya tak tambah garam sebab kicap tu pun dah masin...SIAP!

Yang kelakarnya, anak-anak saya yang tiga orang tu pulak yang terhegeh-hegeh hulur pinggan...dah tak sabar nak makan...bukannya dengan nasi tapi roti! Habis sebundle roti dikerjakan...memang tolak batu dengan kayu aje diorang ni. Mak tengok aje gelagat diorang sambil tersengih...akhirnya mak kenyang tengok cucu makan aje walaupun puas saya ajak dia makan sama. "Takpe...biar budak-budak tu makan dulu. Tau la mak ambik sendiri nanti, perut mak kenyang lagi ni".

Itulah dia, lauk mak dah jadi lauk cucu.