Kepada sesiapa yang gemarkan acar mentah macam jelatah tu bolehlah cuba resipi ni ek. Resipi ni unik sebab kulit tembikai yang biasanya kita buang digunakan di dalam hidangan pembuka selera ni. Harap-harap tiada lagi pembaziran yang akan berlaku selepas ini. Sebenarnya, tembikai adalah buah yang agak versatile...bukan setakat boleh dimakan begitu sahaja...ianya jugak boleh dibuat salad, dimasak bening , dibuat jus malah orang Kelantan buat ulam cicah dengan budu...sedap pulak tu...cair air liur dibuatnya.
Masa belajar di UiTM dulu...ada sorang kawan mengajar saya makan tembikai cicah kicap. Saya pun merasa tersangatlah hairannya...buang tebiat ke apa kawan aku ni? ...tapi dalam pada bingung-bingung tu saya cuba jugak merasa...eh! sedap jugak rupanya...:)
Kali ni apa kata kita buat acar mentah daripada kulit tembikai. Hidangan pembuka selera ni sangat mudah disediakan. Kita cuma perlukan kulit tembikai yang telah dikupas bahagian kulit luar yang berwarna hijau tu. Pastu potonglah ikut suka...nak tebal ke nak nipis, ikutlah selera dan citarasa masing-masing. Kemudian bubuh garam, gula, cuka dan serbuk lada kering yang kasar tu...ala macam nak buah jelatah timun dan nenas tu la...yang penting rasa masin, masam dan manis tu mestilah diseimbangkan dengan baik...barulah dapat rasa yang menyelerakan dan menyegarkan! Ikut resipi asal, acar ni dicampur dengan sambal olek yang berasal dari Indonesia...ala lebih kurang macam sambal belacan. Anda boleh klik Lily's Wai Sek Hong: Pickled Watermelonuntuk versi yang dicampur dengan sambal olek tu. ENJOY!
"SELAMAT DATANG ke blog saya yang merupakan sebuah medium meluahkan rasa yang bukan luarbiasa bagi menghilangkan jemu dan bosan untuk dibaca oleh sesiapa sahaja yang sudi datang meluangkan masa dan semoga tiada yang terasa, andai terlanjur kata hanya maaf yang dipinta"
Passionate and proud - you stand very firmly on issues you truly believe in. Unrelentless and driven - you are willing to work very hard when you have to. While not an angry person by nature, you can be hot-tempered when things aren't going your way.
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU
-
KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin,
87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini
pada p...
No comments:
Post a Comment