Wednesday, March 17, 2010

...PATRIOTISME...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!...Sebenarnya saya baru aje habis kursus Kenegaraan pada hari Isnin baru-baru ni. Masa mula-mula dapat memo kena pergi kursus ni rasa berat hati aje...maklumlah 5 hari lamanya...padahal bukannya jauh sangat...kat Kuala Selangor je...sebenarnya takut kena lanyak...Huhh! Padan muka, ko ingat boleh mengelat ke?...hehehe...

Hakikatnya...kursus ni memang sangat menyeronokkan...saya ni dah la jenis yang bengong-bengong dengan subjek sejarah masa kat sekolah dulu...haa...ambik ko...memang sesuwaiii! Akak ni memang phobia betul dengan subjek sejarah masa kat sekolah dulu...ini fakta...dan disebabkan fakta jugak la akak demam. Mana nak ingat ceritanya...nama individu yang terlibat...apatah lagi tarikh sesuatu peristiwa tertentu yang diceritakan tu...tambahan pulak Cikgu yang mengajar dari mula sampai habis asyik berdiri setempat je sambil mulut kumat-kamit bercerita...tak hirau samada murid paham ke tak. Kadang-kadang tu ada jugak yang tulis nota  berjela sepanjang-panjang papan hitam kemudian suruh murid salin kat buku nota masing-masing. Baru nak terangkan...loceng pun bunyi...masa dah time...Cikgu keluar kelas...anak murid pun bla..bla...bla..blaaa....Sebenarnya anak murid pun 2 X 5 jugak...Cikgu mengajar kat depan dia berangan...macam mana nak paham...ish...ish...ish...

Hmmm...menceceh la pulak. Sebenarnya saya nak bagi tau kat semua bahawa kursus Kenegaraan atau kita selalu sebut kursus BTN ni memang bagus untuk kita lebih mengenali negara kita Malaysia...tak ada cuci minda dengan Breeze ke sabun Daiaa  atau pun Clorox seperti tanggapan sesetengah orang kat luar sana tu. Apa yang saya tau saya sayangkan negara saya MALAYSIA! 

Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian marilah kita bersama-sama bersatu-padu berlandaskan prinsip 1 Malaysia.

Seterusnya sama-samalah kita hayati lagu Menara Bangsa yang saya dan kawan-kawan sekursus nyanyikan sepanjang kursus berlangsung...dan dikesempatan ini saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Jurulatih dan Fasilitator  di  Warisan Sembilang, Kuala Selangor terutamanya Puan Hud yang menjadi fasilitator bagi kumpulan LDK saya...tak lupa untuk rakan-rakan LDK yang sporting dan baik hati...seronok dapat kenal dengan dua orang Amoi yang ramah...Saw  dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Chai dari Hospital Sg. Buluh...begitu juga dengan Huda dan En. Wan dari MAIWP, Haslina, Nik dan Ustaz Rahman dari UITM serta Fais dari MPOB.....FIKIRKAN BOLEH! Semoga kita akan menjadi warganegara yang bertanggung-jawab...insyaallah.



MENARA BANGSA

Suria muncul di pagi hari
Kita bangun sederap kaki
Menara bangsa akan kita bina
Perkasa tiada rebah lagi

Mentari sudah ada di sini
Pasti bersinar beribu tahun lagi
Biar berhembus angin sangkakala
Malam pasti tiada datang

Kita sudah tiada perlu tidur
Kerana mimpi ada di depan mata
Embun jernih pengganti keringat
Berkilau bagai mutiara

Rimba akan terus hijau
Unggas riang ria berkicau
Air jernih meriak di sungai
Udara nyaman  tenang di rongga

Darah kembali berharga
Merah buat penyeri muka
Senyum terus meniti di bibir
Kasih sayang jadi milik semua

Kita bebas...terbang laksana burung
Terikat hanya di tali cintaa

Kita bebas...terbang laksana burung
Terikat hanya di tali cinta









Wednesday, March 3, 2010

DIALOG ROJAK SEMPOI.....Bahagian 1



"Terimalah daku seadanya", kata si Rojak Sempoi

"Aku tak kisah engkau sempoi ke tak...yang penting aku suka sebab engkau kannn....", jawab si Kebulur...tak habis cakap dah kena potong dengan si Rojak Sempoi.

"...sebabbbb aku kan Rojak Sempoi yang down to earth", tiba-tiba si Rojak Sempoi perasan pulak.

"Eh...salah tu...aku suka sebab engkau kan makanan...aku tengah kebulur ni...peduli apa engkau sempoi ke tak? Aku tolak batu dengan kayu je...aku dah lapar ni...aku nak makan engkau!", dengan mata yang bulat dan wajah yang rakus Kebulur pun membaham Rojak Sempoi dengan gelojohnya.......ish...ish...ishhh.....mesti tak baca doa makan ni.

Moral of the story :-
Jangan lupa baca doa sebelum dan selepas makan, jangan makan dengan gelojoh ...lepas tu jangan makan batu dengan kayu!

Kalau dah lupa doa sebelum dan selepas makan...ini dia doanya.



Sunday, February 28, 2010

AKOK KENIT

Antara kuih dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang saya gemari ialah kuih Akok. Kali pertama saya makan kuih ni masa saya di UiTM dulu...terasa sedap sangat kuih Akok yang dibawa oleh salah seorang pensyarah saya masa tu...Semenjak daripada hari tu saya  telah dilanda angau dengan kuih ni. Kalau jumpa mesti beli tapi yang bengangnya selalu dapat yang tak mengancam...huhuuu. Eh..tapi kenapa diorang panggil kuih ni Akok ek?...sama tak dengan akak?...akok ke akak...akak ke akok?...hehehehhh...banyak tanya pulak saya ni.

Kuih ni kalau dibeli 50 sen sekeping. Kalau jenis yang satu famili kuat makan macam kitorang ni, tak berapa berbaloi membeli. Jadi kenalah buat sendiri...ada jimat sikitlah, makan pun puas. Betul tak?

Inilah rupanya kuih Akok yang saya buat. Tapi kannn...ini spesies Akok Kenit. Sebabnya saya gunakan acuan kuih Cara je...heee...comel dan cinonet je. Resipi dan cara memasaknya adalah hasil pemerhatian dan imaginasi saya sahaja...kalau nak tunggu semua peralatan ada depan mata memang tak akan menjadilah jawabnya. Jenuh pulak nak ke Kelantan cari acuan, kalau tak pun buat muka seposen pinjam kat Pak Cik  yang  jual kuih Akok kat Pasar Kampung pandan tu...huhh...memang tak logik dan tak praktikal betul. Oleh sebab itu saya guna pakai apa yang ada di dapur dan diolah dengan sesuka hati sayalah!...hahahahhh. Kepada semua orang Kelantan tolong jangan marah saya ya...saya cuma nak makan kuih Akok ni aje di samping nak berjimat...hihihi...I'm sorry.

Saya kena terbalikkan kuih ni supaya kesan bakar terdapat di kedua-dua belahnya. Nasib baik acuan kuih Cara ni tak banyak songeh...memang mudah kerja saya sebab adunan tak melekat di acuan. Saya tinggalkan resipinya di bawah ni ya...sukatannya cukup-cukup untuk anak-anak, suami dan semestinya saya...hehehhh. Kalau ada yang kurang top-up sendiri atau cari saja resipinya di dunia maya tanpa sempadan ni...hahaha.

AKOK......ini versi saya, bukan yang ori.
Bahan yang diperlukan :-
1 cawan...tepung gandum (sebenarnya kurang 1cm 1 cawan)
1 cawan...santan pekat + 5 biji telur saiz besar (pukul rata)
1 cawan...sirap gula Melaka yang dimasak dengan simpulan daun pandan (boleh tambah gula kalau suka manis) dan sedikit garam untuk pemangkin rasa 

Cara membuat :-
Campur semua bahan dan kacau rata jangan sampai adunan berketul. Sebelum tu acuan dipanaskan dulu...kecilkan api dan kekalkan kepanasannya. Jangan lupa, acuan hendaklah disapu dengan minyak menggunakan daun pandan. Bila dah cukup panas, masukkan 1 sudu plastik (yang kita guna untuk makan tomyam/sup) ke dalam acuan. Tutup dengan tudung periuk sekejap supaya bahagian atasnya cepat masak...agak-agak dah masak bolehlah diterbalikkan guna lidi sate macam kat dalam gambar di atas. Bakar lagi sampai kuih masak dan garing...jangan hangus sudah. Sedia untuk dimakan. CUBALAH YA!

Ya Habibi Ya Muhammad

Salam Maulidur Rasul saya ucapkan kepada semua saudara Muslim yang singgah di blog ni. Walaupun sambutannya jatuh pada  hari Jumaat yang baru lepas...ingatan  terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang kita kasihi ini tidak wajar luput  daripada pemikiran umat Islam yang kasih dan cintakan Rasulnya. Jangan pula dihadkan untuk sehari itu sahaja...kecintaan itu hendaklah sentiasa mekar di jiwa dan sanubari kita umat Islam semua. Perbanyakkanlah selawat dan salam ke atasnya...mudah-mudahan kita akan mendapat syafaat.

Ya Nabi Salamun Alaika...(Raihan)

Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik

Telah terbit bulan purnama
Cahaya menyinari kami
Kau contoh akhlak terpuji
Wajahmu penyejuk hati

Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik

Kau bagaikan matahari
Cahaya menerangi bumi
Engkaulah permata hati
Bertahta di sanubari

Ya Habibi Ya Muhammad (sollu alaik)
Ya Habibi Ya Muhammad

Penyeri timur dan barat
Kau yang gagah yang mulia
Engkaulah iman kami